Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Wednesday, May 23, 2012

Menulis Resume PTD M41 Yang Memukau Pihak JPA!

Menulis Resume PTD M41 Yang Memukau Pihak JPA!

Anda maklum bukan, selepas lulus Ujian PAC maka anda akan dipanggil pula ke sesi temuduga. Temuduga ini akan dikendalikan oleh pihak JPA. Bukan SPA dan bukan INTAN! Dan seperti semua jenis temuduga yang lain, resume merupakan keperluan utama yang kena disediakan oleh semua calon yang dipanggil ke temuduga.

Menulis resume memanglah mudah. Iya.. Kami akui. Memandangkan anda sudah lulus Peperiksaan Bertulis PTD dan juga lepas pula Ujian PAC. Tetapi untuk menjadikan resume yang ditulis itu memukau adalah agak sukar jika anda tidak tahu caranya. Mencipta resume tanpa perancangan akan membuahkan sebuah resume yang kucar-kacir. Oleh itu, anda memerlukan bantuan dan sedikit tips bagaimana menulis resume anda benar-benar memukau bola mata pegawai penemuduga daripada JPA itu.

Memukau dalam perspektif ini adalah bakal majikan anda seolah-olah dikunci hati dan perasaan mereka oleh anda. Perkara yang dimuatkan di dalam resume anda, bakal majikan tiada alasan untuk menolaknya. Inilah yang anda perlukan sebenarnya jika anda sedang mencari satu-satu pekerjaan dan dalam kes ini ialah pihak JPA.

Apakah yang dimaksudkan resume memukau itu?

Memukau yang kami maksudkan adalah keseluruhan isi kandungan resume anda memenuhi citarasa dan mesra majikan. Walaupun resume anda baru sahaja di semak sekali lalu, dan bakal majikan sudah tidak sabar-sabar untuk memanggil nama anda. Ia seolah-olah jawatan yang anda mohon itu memang disediakan atau sesuai amat dengan anda. Sebenarnya, resume pada pandangan majikan menggambarkan diri anda.

Cuba fikirkan, anda meletakkan pertaruhan diri ke dalam sehelai kertas. Menulis segala informasi yang berkaitan diri seperti pencapaian dan tahap pengajian anda. Ditambahkan lagi dengan elemen-elemen memukau di dalam resume anda. Jika bakal majikan (pihak JPA) melihat resume anda, kebarangkalian mereka menolak resume anda atau paling tidak pun memandang hambar. Sasaran anda sebenarnya adalah untuk meyakinkan pihak JPA buat pertama kalinya. Setelah anda berjaya meyakinkan, mereka akan tertarik dengan anda dan berminat untuk mengetahui tentang kemahiran lain anda dengan lebih lanjut.

Untuk ke temuduga, resume anda yang perlu ditonjolkan dahulu. Melalui resumelah pihak JPA akan dapat menilai siapakah anda. Oleh itu, adalah amat penting sekali untuk anda memberi tumpuan dalam menghasilkan satu resume yang benar-benar mantap dan mesra majikan.

Resume anda akan berlainan dengan resume orang lain. Resume anda, andalah yang berhak untuk memenuhi kesemua ruang di dalamnya. Cara anda mempromosikan diri melalui resume itulah yang perlu anda fokuskan. Anda diibaratkan sebagai seorang agen yang ingin menjual produk kepada bakal pelanggan. Produk yang dimaksudkan di sini adalah diri anda sendiri dan bakal pelanggan yang saya maksudkan ini merujuk kepada pihak penemuduga. Untuk memikat bakal pelanggan anda, cara mempromosikan produk tersangat penting. Hal ini dapat memastikan produk anda terjual. Walau sehebat mana sekalipun produk anda jika tiada usaha untuk promosikan produk anda, cukup sukar untuk melakukan jualan.

Sebagai kesimpulan, resume yang hebat dan lengkap ditambah pula unsur memukau di dalamnya akan menaikkan rating untuk anda terpilih. Akan tetapi terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu rahsianya. Rahsia yang akan membuatkan bakal majikan terkunci dengan resume anda. Saya yakin anda mampu lakukan yang terbaik demi masa depan anda. Resume yang memukau akan membantu anda lulus temuduga PTD itu nanti.

Untuk panduan terperinci dan lengkap bagi menghasilkan resume yang benar-benar memukau, boleh dapatkan Panduan Menulis Resume Memukau ini. InsyaAllah ia akan membantu mereka yang belum pernah ada pengalaman menulis resume yang betul.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber