Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Saturday, August 31, 2013

Penjadualan Temuduga PTD Di JPA - Fasa III

Berikut adalah pengumuman daripada pihak SPA:

Calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat. Temuduga fasa ketiga akan diadakan mulai 20.8.2013 hingga 5.9.2013.

Calon-calon yang tidak termasuk dalam urusan temu duga fasa ketiga akan dipanggil temu duga dalam fasa seterusnya dan diminta membuat semakan dari semasa ke semasa di penjadualan temu duga. Calon-calon juga akan dimaklumkan mengenai panggilan temu duga melalui emel/khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat panggilan temu duga.

Sekian, harap maklum.

Sunday, September 16, 2012

Perubahan Pusat PAC Di INTAN Bukit Kiara

Update ini adalah untuk memaklumkan kepada calon yang dipanggil ke ujian PAC. SPA memaklumkan bahawa terdapat ralat atau pertukaran pusat PAC, tarikh dan angka giliran bagi calon yang terlibat dengan PAC PTD M41 di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara seperti berikut:

DARI PUSAT TERDAHULU:

INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

KE PUSAT BARU:

INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH)
Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

Pihak memohon maaf dan segala kesulitan amatlah mereka kesali. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan hal ini, sila layari Portal rasmi SPA dan ajukan kepada mereka. Terima kasih.

Friday, June 22, 2012

Semakan Keputusan Peperiksaan PTD M41 2012

Keputusan Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik Sesi Mei 2012 yang berlangsung pada bulan Mei lalu sudah dikeluarkan oleh pihak SPA. Kami percaya semua calon yang terlibat memang menanti-nantikan perkara ini.

Kepada yang berjaya, tahniah diucapkan. Sementara mereka yang masih lagi gagal untuk yang ke sekian kalinya, cuba lagi. Jangan berputus asa. Kejayaan tidak datang dengan mudah. Ia memerlukan usaha yang berterusan dan pengorbanan yang banyak.

Sila lakukan semakan keputusan peperiksaan PTD anda melalui pautan yang disetakan di bawah:

Bagi yang lulus, ini adalah satu undangan untuk anda berusaha dengan lebih keras kerana selepas ini anda akan dijemput pula ke stage seterusnya yakni Pre-PAC yang juga tidak kurang sukarnya.


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber