Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Monday, May 28, 2012

Group Discussion Vs Debat Bahasa Malaysia

Terdapat beberapa stage di dalam PTD Assessment Centre (PAC). Anda maklum itu. Dua daripadanya adalah Group Discussion dan Debat Bahasa Malaysia. Untuk menghadapi kedua-dua stage ini tidak boleh sama. Harus ada strategi khas untuk melalui stage kedua berasingan ini. Kita lihat sepintas lalu bagaimana caranya.

Group Discussion
Di dalam stage ini, ia akan diadakan di dalam bahasa Inggeris. Strategi untuk stage ini ialah 'anggap pandangan anda sebuah idea dan bukannya fakta'. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda harus bersikap terbuka dan tidak berkeras dalam menerima kritikan rakan perbincangan lain. Anggaplah lontaran fakta yang anda berikan itu idea anda sahaja. Kalau anda anggap ianya fakta maka anda sebenarnya telah menutup ruang untuk perbincangan disebabkan 'fakta' mesti diterima tanpa sebarang persoalan.

Tanamkan di dalam fikiran bahawa idea anda terbuka dan sesiapa jua layak mempersoalkannya. Baharulah perbincangan akan berbunga dan lebih banyak idea akan diluahkan di dalam perbincangan tersebut. Ini pasti akan memberikan gambaran bahawa anda adalah seorang yang punya diplomasi dan sesuai menjadi seorang PTD! Cuma satu hal yang pasti, perbincangan ini dijalankan di dalam bahasa Inggeris! Ini confirm. Dan jika sekiranya bahasa Inggeris anda agak teruk, ini sudah pasti membantutkan lontaran idea dan menutup ruang anda untuk menyertai perbincangan. Jadi latihlah diri anda sedari sekarang untuk fasih berbahasa Inggeris. Kami cadangkan Panduan Fasih Berbahasa Inggeris ini sebagai bahan bacaan tambahan anda.

Debat Bahasa Malaysia
Debat - perkataan ini pun sudah menggambarkan apakah yang perlu dilakukan di dalam stage seterusnya ini. Untuk stage ini, anda harus lakukan berlainan sama sekali daripada stage di atas. Anda mesti yakin pada diri. Strategi untuk stage ini ialah 'pertahankan idea anda sendiri seperti fakta'. Tidak kira apa yang berlaku, anda mesti pertahankan idea-idea anda. Tidak kiranya sama ada anda ditugaskan menjadi pihak pembangkang ataupun pencadang.

Tanamkan di dalam minda bahawa ini bukanlah perbincangan dan apa sahaja idea daripada pihak lawan adalah idea yang salah. Keluarkan seberapa banyak fakta-fakta yang anda tahu untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan. Satu yang harus diingat, jangan terlalu ghairah untuk menang. Kenapa? Kerana bukan pihak mana yang menang menjadi calon pilihan tetapi pihak mana yang pasling sesuai dari pelbagai sudut. Dengan itu, anda harus menjaga kata-kata, tingkahlaku, kawalan emosi dan nilai profesional anda sentiasa. Ini penting!

P/s: Sekiranya artikel yang kami kongsikan ini bermanfaat, jemputlah sekali rakan anda (yang juga ada memohon PTD) untuk mendapatkan kebaikan daripadanya.

Wednesday, May 23, 2012

Menulis Resume PTD M41 Yang Memukau Pihak JPA!

Menulis Resume PTD M41 Yang Memukau Pihak JPA!

Anda maklum bukan, selepas lulus Ujian PAC maka anda akan dipanggil pula ke sesi temuduga. Temuduga ini akan dikendalikan oleh pihak JPA. Bukan SPA dan bukan INTAN! Dan seperti semua jenis temuduga yang lain, resume merupakan keperluan utama yang kena disediakan oleh semua calon yang dipanggil ke temuduga.

Tuesday, May 22, 2012

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC | PTD Assessment Centre atau pre-PAC merupakan peringkat tapisan kedua yang akan dilalui calon-calon PTD. Terdapat dua sebab yang dikenalpasti menjadi faktor utama calon gagal Ujian pre-PAC.


Masalah dalam kecergasan fizikal
Agak ramai juga yang mengeluh sakit badan selepas menghabiskan ujian di kem PAC. Ini antara lain disebabkan oleh kurangnya melakukan senaman atau aktiviti menyihatkan. Lazim pada saat ini masyarakat kita kurang membuat aktiviti fizikal disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada dimana-mana.

Anda harus maklum, ujian kecergasan PAC adalah 'tough' dan agak menguji tahap kecergasan sebenar seseorang. Mungkin ada yang bertanya, 'apa perlunya kecergasan fizikal dengan kerjaya sebagai PTD?


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


PTD adalah suatu bidang kerjaya yang penuh dengan tekanan dan mempunyai jadual kerja yang padat. Jika tidak 'fit', dengan mudah seseorang PTD menghadapi masalah kesihatan dan juga stress. Bukan itu sahaja, sebagai pegawai yang menguruskan hal ehwal berkaitan pentadbiran negara, seorang PTD seharusnya indivifu yang sihat dan seimbang dari sudut fizikal dan mental.


Masalah dalam bahasa Inggeris
Selain masalah skit otot, pecah lemak dan lenguh-lenguh badan. Keluhan kedua yang paling banyak kedengaran adalah tentang masalah ini. Masalah ini tidak boleh diambil ringan kerana ia merupakan antara faktor penentu kejayaan atau kegagalan calon di dalam ujian PAC ini.

Biasanya, masalah bahasa Inggeris ini bukanlah dari sudut teknikal (grammar, sebutan dan lain-lain) tetapi lebih kepada masalah psikologi. Anda semua adalah lepasan universiti dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang. Sudah tentu anda tahu bahasa Inggeris sedikit sebanyak. Masalah utamanya ialah kurangnya pengamalan dalam penuturan bahasa ini.

Dengan latihan berbual yang kerap, bahasa Inggeris bukanlah satu masalah besar. Cuma kesukarannya terletak pada 'pengamalan' dan 'kekerapan' itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Format Terkini Ujian PAC

Perbincangan ini menjadikan Ujian PAC 2011 sebagai bahan panduan. Ini kerana pihak kami percaya, kemungkinan format Ujian PAC pada tahun lepas dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan untuk dijadikan format Ujian PAC 2012 adalah besar. Walaupun begitu, jadikanlah artikel ini sebagai panduan sahaja dan jangan mengambil jalan mudah dengan tidak membuat rujukan-rujukan tambahan di medium-medium lain.

Secara umumnya, format Ujian PAC 2011 lebih kepada kerjasama di dalam kumpulan. Pada awalnya, calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan dalam kumpulan.

Secara kasar, berikut adalah pembahagian aktiviti di dalam Ujian PAC 2011:

- Perbincangan dalam kumpulan
- Menyelesaikan masalah berbentuk permainan
- Membuat perancangan berdasarkan tugasan diberi
- Aktiviti fizikal
- Pembentangan tugasan
- Kreativiti
- Mempertahankan idea

Dan harus diingat, daripada pembahagian aktiviti di atas, akan ada yang dipecahkan kepada dua sesi. Dimana satu untuk sesi BM dan satu lagi untuk sesi BI. Ini untuk membolehkan pada penilai melihat sejauh mana kemampuan berbahasa anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. Biasanya, aktiviti 'pembentangan tugasan' dilakukan di dalam BI. Jadi berhati-hati.

Tentang 'aktiviti fizikal' pula. Seperti yang pernah kami ingatkan (kalau anda memang pembaca aktif blog ini) mulakan latihan fizikal anda daripada sekarang. jauh sebelum anda mendapat surat panggilan Ujian PAC lagi.Dalam format terkini untuk tahun 2011, aktiviti fizikal yang digunakan adalah merupakan adaptasi atau ubahsuaian daripada aktiviti senamrobik, aerobik berirama dan larian. Bukan semuanya tetapi satu bentuk aktiviti yang diubahsuai.

Satu lagi yang membuat kita agak malu, di dalam aktiviti 'perbincangan dalam kumpulan'. Apa yang berlaku adalah aktiviti ini dijalankan dengan berbantukan keratan akhbar. Ingat lagi tak ketika anda mahu menduduki peperiksaan bertulis PTD M41 sebelum ini? Bukankah anda diingatkan berkali-kali agar membaca akhbar agar pengetahuan isu semasa anda luas. Nampaknya Ujian PAC ini dengan jelas mengatakan seperti ini - 'jangan malas membaca akhbar'.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah pernah menduduki Ujian PAC sebelum ini, sila jangan segan berkongsi pengalaman bersama kami untuk dijadikan penduan pembaca lain.

Perubahan Tempoh Ujian PAC : 2008 Hingga 2011

Sedikit sorotan ringkas mengenai tempoh Ujian PAC dijalankan untuk beberapa tahun kebelakangan ini:

- Sebelum tahun 2008 (diadakan selama 3 hari)
- Diantara 2008 hingga 2010 (diadakan selama 1 hari)
- Bermula Mac 2011 (diadakan selama 2 hari)

Melihat kepada sorotan jadual perubahan di atas, dimaklumi bahawa penilaian Ujian PAC sering mengalami perubahan. Ini sengaja dilakukan untuk menjaga mutu dan kualiti penilaian ini agar aras prestij jawatan PTD kekal tinggi.

Harus juga diketahui agar anda bersyukur, penilaian era-era awal Ujian PAC adalah lebih mencabar daripada pasca 2000. Ini memang berita yang melegakan kebanyakan orang. Alhamdulilah..

Diharapkan dengan perkhabaran ini, keyakinan anda akan menjadi lebih kukuh. Buangkan rasa tidak percaya pada kebolehan diri dan prasangka-prasangka buruk lain. Pada post akan datang, kami akan kongsikan pula format Ujian PAC 2011. Kami yakin, format tahun lalu ini masih lagi akan digunakan dengan beberapa penambahbaikan daripada pihak SPA. Jadi sertailah blog ini dengan menjadi pembaca aktif menggunakan borang di bahagian kanan di atas untuk menjadi pembaca pertama yang menerima perkongsian-perkongsian terbaru daripada kami.

Sunday, May 20, 2012

Jangan Rasa Tertekan Menghadiri Ujian PAC

Peperiksaan bertulis M41 (stage 1) untuk sesi Mei 2012 baru sahaja berlalu. InsyaAllah kalau tiada apa-apa dan jika rezeki lulus, tidak lama lagi anda akan menerima pula surat panggilan ke Programme Assessment Centre (stage 2) di lokasi seluruh negara termasuk INTAN Sabah, INTAN Sarawak, INTIM, INTURA, IKWAS dan INTENGAH. Sila rujuk post terdahulu kami tentang alamat penuh kampus INTAN seluruh negara.

Memanglah format dari satu sesi PAC ke sesi PAC yang lain tidak sama dari tahun ke tahun. Kadangkala perbezaannya bukanlah banyak. Sedikit sahaja. Dan ini juga menjadi penyumbang kepada kegusaran calon-calon PTD yang akan menghadiri PAC. Itu normal la kan.

Tapi jangan rasa tertekan. Jangan stress. Apa yang paling penting anda faham bahawa komponen penilaian utamanya tidak jauh berbeza dari tahun ke tahun. Pada asasnya ia merangkumi:

- Kebolehan berbahasa (English/Melayu)
- Kebolehan dalam pengucapan awam
- Keluasan pengetahuan am (peka terhadap isu semasa)
- Menguji tahap kecergasan fizikal (fitness)
- Menguji kebolehan berkerjasama dan berkumpulan

Kenapa tidak perlu stress? Kerana rata-rata calon PTD yang melalui PAC ini juga seperti anda. Bahkan ini boleh dikatakan antara kenangan indah untuk dikenang. Sama ada gagal atau lulus, itu terpulang kepada kehendak Ilahi tetapi peluang untuk menyertainya memang peluang yang tidak harus disia-siakan.

Apa yang penting, buatlah persediaan yang sewajarnya. Persediaan-persediaan itu sepatutnya merangkumi komponen penilaian yang disebutkan di atas. Bersedia awal memang tiada tandingannya. Buatlah sekarang sebelum panggilan PAC dikeluarkan oleh pihak SPA.

Kami percaya, yang paling menggusarkan hati ramai calon PTD adalah isu-isu semasa bukan? Jangan bimbang kerana kalau berdasarkan isu semasa yang diketengahkan pada sesi-sesi PAC yang lalu, ia selalunya begitu terbuka. Kami andaikan hal ini adalah untuk membolehkan semua calon memberikan pendapat, idea, perkongsian dan isi-isi terhadap tajuk umum seperti itu.

Sebagai misal, pernah ujian PAC sebelum-sebelum ini membawakan tajuk perbincangan yang agak santai dan ringan bertajuk 'Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak' dan 'Sekolah 1 Aliran'. Tajuk-tajuk seperti ini tidak terlalu mementingkan fakta dan petikan kajian. Cukup dengan hujah bernas, disokong kenyataan dan huraian yang memukau.

Jadi bertenanglah. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Jangan rasa tertekan ya..

Alamat Pusat Ujian PAC Seluruh Malaysia

Biasanya, Ujian PAC akan dilaksanakan di kampus-kampus INTAN (Intitut Tadbiran Awam Negara) seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, ada juga ketikanya lokasi Ujian PAC diubah oleh pihak SPA. Tapi hal ini akan pihak SPA makluman terlebih awal kepada para calon yang dipanggil.

Jadi jika anda calon dipanggil ke Ujian PAC, amatlah elok untuk mengetahui lokasi-lokasi kampus INTAN seluruh Malaysia ini. Tidak mustahil anda akan ditempatkan di tempat yang jauh daripada alamat tempat tinggal anda kini. Jadi anda perlu bersedia.

INTAN Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-483500
Fax : 088-473645 (Pentadbiran), 088-473647/648 (Latihan)
E-Mel : maklumbalas@intansabah.intan.my

INTAN Kampus Sarawak
No. 2, Lot 5452
Jalan Datuk Mohammad Musa
94300 KOTA SAMARAHAN
Sarawak

Tel : 082-626024 / 082-626025 / 082-592000
Fax : 082-615060
Emel : intanswk@intanswk.intan.my

INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH)
Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur

Tel : 03–7966 1555
Fax : 03–7955 4767
E-Mel : maklumbalas@intengah.intan.my

INTAN Wilayah Selatan (IKWAS)
KM 3, Jalan Batu Pahat,
Peti Surat 141,
86007 Kluang,
Johor

Tel : 07-7752 500
Faks (Pentadbiran) : 07-7725 661
Faks (Latihan) : 07-775 2530
E-Mel : maklumbalas@ikwas.intan.my

INTAN Wilayah Utara (INTURA)
Jalan Kuala Ketil,
Peti Surat 94,
08007 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 04–421 8321
Fax : 04–421 4489
E-Mel : maklumbalas@intura.intan.my

INTAN Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga, Cukai,
Peti Surat 65,
24007 Kemaman,
Terengganu
Tel : 09–868 3808
Fax : 09–868 3007
E-Mel : maklumbalas@intim.intan.my

Thursday, May 17, 2012

Kriteria & Peranan Menjadi PTD M41 : Bijak Bercakap

Kalau anda perasan, bercakap sangat banyak terlibat dalam proses pemilihan dan pengambilan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bermula dengan penulisan esei BM dan BI ketika peperiksaan bertulis, debat dan perbincangan semasa Ujian PAC sehinggalah ketika menjawab soalan-soalan temuduga di stage terakhir.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh pihak SPA dan JPA? Adakah mereka sekadar mahu melihat kekukuhan keyakinan calon atau apa?

Disebabkan kurang peka pada hal ini maka ramai calon yang 'main belasah' atau 'goreng' saja sesi-sesi melibatkan perbualan ini. Tanpa mereka menyedari bahawa sesi melibatkan pengucapan ini adalah masa-masa genting dimana keputusan dibuat sama ada memilih anda mahu pun tidak.

Jauh lebih penting daripada keluasan pengetahuan am semata-mata, seseorang calon seharusnya mahir mengaitkan isu yang sedang ditanyakan dengan fakor dan penyelesaian. Inilah fungsi seorang PTD. Main key inilah yang jangan sekali-kali dilupakan. Kalau tidak / belum mahir maka mahirkan diri mengaitkan faktor penyebab dan jalan penyelesaian bagi semua isu yang sedang dibincangkan secara rancak di seluruh negara. Inilah yang dipanggil sebagai bijak bercakap.

Inilah pembeza di antara seorang calon pegawai PTD yang setakat 'tahu' dan 'betul-betul tahu' tentang isu yang sedang dia perkatakan.

Kedua, 'betul-betul tahu' itu bukanlah ciri yang sesuai calon seorang ketua. Ketua yang baik adalah terbuka dan tegas. Gabungan kepada kedua-dua nilai ini. Terbuka pada ketika yang sesuai dan tegas pada isu-isu yang sepatutnya.

Pada akhirnya, ini semua terpulang kepada kehendak soalan ujian itu juga. Fahami, analisis dan sintesiskan dahulu apa yang diinginkan oleh tajuk atau soalan yang diajukan. Pemahaman yang jernih adalah lahir daripada hati yang bersih. Jadi kebersihan rohani juga amat memainkan peranan yang penting. Lebih-lebih lagi setelah anda bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik nanti!

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

Checklist Keperluan Ke Ujian PAC

Sudah bersedia ke ujian PAC? Sudah mengikut satu persatu saranan pelan tindakan ke PAC yang kami kongsikan hari itu? Tarikh PAC pun sudah tidak lama lagi. Kalau begitu, sekali lagi kami ingatkan beberapa senarai semak atau checklist keperluan yang mesti disediakan sebelum bertolak ke kem PAC.

Checklist 8 keperluan ke PAC:
1. Surat panggilan ke Program PTD Assessment Centre.
2. 2 keping gambar terbaru berukuran passport.
3. Skrol ijazah dan transkrip penuh (Asal dan Salinan).
4. Cetak dan lengkapkan borang profil peserta (I dan II) dan diserahkan sewaktu mendaftar di kem Ujian PAC. Muaturun borang profil peserta Ujian PAC ini.
5. Bawa peralatan tulis (pensil, pen, pemadam, pembaris dan sebagainya) untuk Ujian Sahsiah
6. Seluar track berwarna gelap dan baju t-shirt berwarna putih. Baju mesti berkolar.
7. Kasut sukan.
8. Pakaian bersolat (bagi Muslim) dan lain-lain pakaian keperluan.

Beberapa peringatan penting:
• Pakain pakaian pejabat (kasual) semasa membuat pendaftaran.
• Penginapan tidak disediakan untuk bermalam sepanjang Ujian PAC berlangsung.
• Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki atau mengemukakan maklumat palsu akan memberi kesan negatif dan menjejaskan peluang anda.

Pelan Tindakan Untuk Menghadapi Ujian PAC

Post kali ini adalah lebih kepada 'pelan tindakan' atau apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam pada menghadapi  PTD Assessmen Centre (PAC).

Secara kasar, kalau berdasarkan pengalaman lepas dan juga perkongsian rakan-rakan pembaca lain, Ujian PAC bolehlah dibahagikan kepada 3 aspek penilaian utama seperti berikut:

1. Aspek Pengucapan BM
2. Aspek Pengucapan BI
3. Aspek fizikal

Aspek 1 dan 2 dinilai melalui penggunaan medium debat dan sesi perbincangan. Sementara aspek 3 akan dinilai berdasarkan aktiviti fizikal. Sebelum ini ialah aktiviti larian sejauh 2.4 Km dan digantikan dengan 5 corak senaman.

Pelan tindakan di bawah adalah garis panduan kasar daripada kami untuk manfaat anda agar persediaan ke ujian PAC menjadi lebih kemas dan lengkap. Ikuti satu-persatu..

- Baca akhbar perdana BM setiap hari.
- Baca akhbar perdana BI setiap hari.
- Tonton berita utama pukul 8 malam.
- Petik dan hafal kenyataan rasmi tokoh, menteri atau badan berwajib dalam isu-isu penting. Contoh: 'mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes'.
- Berlatih membaca akhbar Inggeris dengan sebutan kuat agar menjadi lebih lancar.
- Monolog (bercakap sendiri) dalam BM dan BI pada waktu yang sesuai untuk berlatih menyusun idea.
- Perbanyakkan senaman, latihan fizikal dan aktiviti fizikal lain.
- Ulangi semua ini setiap hari sampai tarikh Ujian PAC tiba.
- Usaha tangga kejayaan.

PAC: Penilaian Kemahiran & Pengetahuan

Kepada yang lulus peperiksaan bertulis baru-baru ini, tahniah kami ucapkan. Tanpa membuang masa, anda seharusnya terus saja mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan Ujian PAC yang akan anda hadapi tidak lama lagi.

Pada perkongsian lepas, kami telah huraikan secara ringkas komponen penilaian pertama di dalam ujian PAC iaitu Kualiti Personal dan pada kali ini kita akan lihat pula kriteria seterusnya yakni komponen kemahiran dan komponen pengetahuan.

Kemahiran- Ini adalah kualiti utama yang mesti anda tonjolkan. Perlihatkannya sejelas mungkin agar anda kelihatan lebih menyerlah berbanding calon lain. Terutamanya kemhiran berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sesama rakan bukan hanya setakat ramah tetapi tumpuan pada keberkesanan komunikasi anda itu. Bahasa yang anda guna harus pada aras yang tinggi disulami isi yang bermutu dan kandungan idea bernas.

- Pada sesi pengucapan awam, maklumat anda mesti disusun sesistematik mungkin supaya idea yang cuba anda sampaikan tepat kepada penerima. Haruslah dijaga bagaimana anda menyampaikan hujah dan bagaimana pula anda membidas hujah. Nilai kesopanan dan keluhuran sentiasa ditatang dalam pada anda diasak orang lain ketika mempertahankan hujah anda.

Pengetahuan
- Semua kualiti di atas akan kurang dapat ditonjolkan sekiranya calon tidak mempunyai pengetahuan am yang luas. Sukalah pihak kami mengingatkan anda agar membaca sebanyak mungkin termasuk terbitan seperti buku, majalah, jurnal dan akhbar. Isu-isu yang ligat di corong radio dan kaca TV tidak seharusnya terlepas daripada pandangan anda. Hanya dengan berpengetahuan luas baharulah anda punya banyak idea atau maklumat untuk disampaikan dengan kemas.

- Timing yang betul adalah penting. Kematangan anda dalam menyampaikan idea dilihat dari sudut cetusan idea itu sendiri pada masa yang tepat. Idea yang keluar awal atau terlalu lewat menjadi kurang releven pada sesi perdebatan. Ini harus dijaga.

Selamat menduduki Ujian PAC dari kami!

10 Contoh Soalan Matematik PTD M41

10 Contoh Soalan Matematik PTD M41

10 Contoh Soalan Matematik PTD M41 | Ini pula adalah set soalan pilihan Matematik. Ada 10 contoh soalan pilihan pada kali ini. Set soalan ini adalah set ketiga yang kami kongsikan.

Sekiranya anda sudah menjadi pengguna aktif blog ini, pastinya anda sudah selesai membuat set soalan pertama dan kedua yang kami kongsikan sebelum ini.

*Nota : Set soalan di bawah bukanlah merupakan soalan ramalan, 'spot', soalan bocor peperiksaan bertulis PTD atau yang membawa makna hampir serupa. Set soalan ni hanyalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anda sahaja sebelum menduduki peperiksaan bertulis PTD yang sebenar nanti. Adalah menjadi harapan kami untuk membantu anda menyediakan diri dengan pengetahuan secukupnya sebelum menghadiri peperiksaan tersebut.

1. XYZ ialah sebuah segitiga dengan XY = 8 cm dan YZ = 10 cm. jika nisbah XY : XZ = 1 : 2, maka nisbah XY : YZ : XZ ialah

A. 1:2:4
B. 4:5:8
C. 3:2:5
D. 8:4:2

22. Sebuah perpustakaan awam mempunyai 30, 000 buah buku. 40% daripadanya adalah buku-buku sains. Daripada jumlah ini, 25% daripadanya ialah buku Biologi. Jumlah buku Biologi dalam perpustakaan itu ialah

A. 4500
B. 5000
C. 4000
D. 3000

3. CIK Fairuz telah melabur sebanyak RM 11,000 dalam Syarikat Mega. Jika syarikat itu membayar 6% dividen pada pertengahan tahun dan 9% pada hujung tahun, jumlah dividen yang diterima oleh Fairuz dalam tahun itu ialah

A. RM1330
B. RM1650
C. RM2330
D. RM2650

4. Dua buah van masing-masing bergerak dengan kelajuan 100 km j-1 dan 80 km j-1 dari Bandar Melaka ke Bandar Alor Gajah yang jauhnya 50 km. Berapakah perbezaan masa, dalam minit, yang diambil oleh dua kereta itu untuk bergerak dari Bandar Melaka ke Bandar Alor Gajah

A. 4.5
B. 6.5
C. 7.5
D. 8.5

5. Untuk menyaksikan suatu pertunjukkan sarkas di ibu negara, jumlah bayaran yang perlu dibayar bagi 5 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak ialah RM 160, manakala bayaran bagi seorang kanak-kanak ialah RM 15. Jumlah bayaran bagi seorang dewasa dan seorang kanak-kanak ialah

A. 55
B. 45
C. 25
D. 35


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


6. Juli Berjaya menyelesaikan satu set quiz Matematik dalam masa 43 minit 15 saat. Wani pula berjaya menyelesaikan set quiz itu dalam masa 35 minit 26 saat. Berapakah perbezaan masa antara Juli dan Wani dalam menyelesaikan quiz Matematik itu

A. 7 minit 22 saat
B. 8 minit 49 saat
C. 8 minit 22 saat
D. 7 minit 49 saat

7. Dalam sebuah sekolah, jumlah guru ialah 140 orang. Jika bilangan guru perempuan ialah 4 kali ganda daripada guru lelaki, cari bilangan guru perempuan dalam sekolah itu

A. 112
B. 92
C. 98
D. 72

8. 4 orang pekerja boleh membersihkan sebuah daerah dalam 12 hari. Berapa ramai pekerja yang diperlukan untuk membersihkan sebuah daerah dalam 8 hari?

A. 6 orang
B. 8 orang
C. 10 orang
D. 12 orang

9. 6 orang buruh binaan membina sebuah rumah kayu dalam masa 18 hari. Berapa ramaikah buruh binaan yang diperlukan untuk menyiapkan sebuah rumah tersebut dalam 12 hari?

A. 9
B. 12
C. 15
D. 18

10. Jika 2 paip dapat memenuhkan air sebuah kolam dalam masa 4 jam, berapa lama masa yang diperlukan untuk mengisi air kolam itu dengan 3 paip?

A. 1 jam 30 minit
B. 1 jam 36 minit
C. 2 jam 40 minit
D. 6 jam

Nak lebih banyak contoh soalan Seksyen A? Boleh baca post yang khas membincangkan jenis-jenis dan contoh soalan SPA Daya Menyelesaikan Masalah dengan detil. Ia akan menambah lagi kefahaman anda terhadap seksyen ini.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

10 Soalan Matematik Exam Online PTD Gred M41

Soalan Matematik Exam Online PTD Gred M41 | Ini adalah set soalan pilihan kedua daripada kami. Sekiranya anda sudah menjadi pengguna aktif blog ini, pastinya anda sudah selesai membuat set soalan pertama yang kami kongsikan sebelum ini.

*Nota : Set soalan di bawah bukanlah merupakan soalan ramalan, 'spot', soalan bocor peperiksaan bertulis PTD atau yang membawa makna hampir serupa. Set soalan ni hanyalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anda sahaja sebelum menduduki peperiksaan bertulis PTD yang sebenar nanti. Adalah menjadi harapan kami untuk membantu anda menyediakan diri dengan pengetahuan secukupnya sebelum menghadiri peperiksaan tersebut.

Sebelum itu, bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik untuk jawatan ini atau lain-lain jawatan SPA. Molek kiranya anda fahami dahulu sejarah, jenis-jenis psikometrik yang ada dan contoh-contoh soalan ujian psikometrik SPA ini.

10 Soalan Matematik Exam Online PTD Gred M41

1. Apakah tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan untuk mencegah konflik perkauman selepas peristiwa yang berlaku pada 13 Mei 1969?

A. Mengisytiharkan darurat
B. Membubar Parlimen
C. Menjadikan Rukun Negara sebagai amalan hidup
D. Menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

2. Pilih pernyataan paling tepat yang menggambarkan konsep demokrasi berparlimen dan Raja berpelembagaan di bawah konteks Perlembagaan Malaysia
I. Pembentukan kerajaan berdasarkan kemenangan kerusi kelebihan majoriti mudah
II. Yang di-Pertuan Agong dikehendaki menerima nasihat kabinet dan bertindak menurut nasihatnya
III. Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak pemerintahan negara
IV. Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik anggota kabinet, termasuk Perdana Menteri

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, III sahaja
D. I, II, III, IV

3. Di antara yang berikut, apakah kuasa pemerintahan yang paling tinggi di bawah sistem pemerintahan Malaysia?

A. Perlembagaan Malaysia
B. Mahkamah Persekutuan
C. Jemaah Kabinet
D. Parlimen

4. Di antara yang berikut, pilih pernyataan yang benar berkaitan dengan Kabinet
I. Kabinet diberi kuasa menjalankan tugas eksekutif negara
II. Fungsi Kabinet menggubal dasar-dasar negara
III. Semua menteri dan timbalan menteri menghadiri mesyuarat Kabinet seminggu sekali
IV. Setiausaha Tetap Kabinet juga memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, IV sahaja
D. I, II, III, IV


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


5. Pilih jawapan yang tepat mengenai peranan dan tugas Yang Dipertua Negeri

A. Ahli Majlis Raja-Raja
B. Memilih Yang di-Pertuan Agong
C. Melantik Ketua Menteri
D. Mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri

6. Di antara yang berikut, pilih tugas yang menjadi tanggungjawab penguasa tempatan?
I. Membina dan menyelenggara kemudahan awam tempatan
II. Mengurus pasar dan gerai
III. Memungut cukai pintu dan bayaran meletak kereta
IV. Mengenakan kompaun kesalahan, membuang atau membakar sampah

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, III, IV sahaja
D. I, II, III, IV

7. Kerajaan menggubal dan melaksanakan Dasar-Dasar Negara untuk

A. Perkembangan ekonomi yang pesat di luar negara
B. Menyeimbangi kemajuan dan agihan ekonomi negara di antara kaum
C. Produktiviti di luar bandar
D. Membangkitkan semangat usaha untuk membangunkan ekonomi negara

8. Berikut adalah inisiatif kerajaan dalam janjangan tunjang keberhasilan Utama Negara (NKRA)
I. 1AZAM
II. BB1M
III. KAR1SMA
IV. 1KERJA

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, III sahaja
D. I, II, III, IV sahaja

9. Inisiatif 1AZAM mencakupi
I. AZAM Tani
II. AZAM Niaga
III. AZAM Khidmat
IV. AZAM Kerja

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, III sahaja
D. I, II, III, IV

10. Sebatang kayu dibahagikan kepada tiga potongan mengikut nisbah 1 : 5 : 6. Jika potongan yang terpanjang ialah 1.8 m, panjang asal kayu itu dalam m ialah

A. 3.6
B. 3.8
C. 4.6
D. 4.8

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

10 Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD 2016


10 Contoh Soalan Peperiksaan Online PTD 2016 | *Nota : Set soalan di bawah bukanlah merupakan soalan ramalan, 'spot', soalan bocor peperiksaan bertulis PTD atau yang membawa makna hampir serupa. Set soalan ni hanyalah bertujuan untuk meningkatkan keyakinan anda sahaja sebelum menduduki peperiksaan bertulis PTD yang sebenar nanti. Adalah menjadi harapan kami untuk membantu anda menyediakan diri dengan pengetahuan secukupnya sebelum menghadiri peperiksaan tersebut.

1. Dasar Penswastaan diperkenalkan kerajaan dan memberikan impak yang positif tetapi menyumbang kepada masalah

A. Isu monopoli
B. Isu pertukaran saham
C. Isu pertentangan dasar
D. Isu pengambilan pekerja

2. Graduan yang diambil bekerja melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) harus bersandar kepada prinsip utama Perkhidmatan Awam Malaysia iaitu

A. Jujur, bersih dan amanah
B. Tanggungjawab dan akauntabiliti
C. Profesional dan Integriti
D. Kreatif dan Kritis

3. Gagasan 1Malaysia dipekenalkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Dasar Pandang ke Timur oleh Tun Mahathir dan Islam Hadhari diperkenalkan oleh_____

A. Tun Abdul Razak
B. Tun Hussien Onn
C. Tun Abdullah Ahmad Badawi
D. Tun Salleh Abas

4. Masalah emel ‘phishing’ yang melibatkan penipuan pihak ketiga tentang bank mudah dielakkan dengan ______________ .

A. Berpegang bahawa bank tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui email
B. Memasang perisian antivirus yang menyediakan perkhdmatan perlindngan emel phishing
C. Membuat laporan kepada polis
D. Memuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)

5. Pilih pernyataan yang salah mengenai perluasan kuasa penjajah British di Tanah Melayu

A. British membentuk negeri-negeri Selat berdasarkan Perjanjian dengan Belanda (1824)
B. Perjanjian Pangkor (1874)
C. Pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu (1896)
D. Pembentukan negeri-negeri Melayu tidak bersekutu (1909)

6. Sistem Residen bermula di Tanah Melayu sejak

A. Selepas Perjanjian Inggeris Belanda ditandatangani pada tahun 1824
B. Pembentukan negeri-negeri Selat pada tahun 1826
C. Pada tahun 1874 apabila Perjanjian Pangkor ditandatangani
D. Pembentukan negeri-negeri Melayu bersekutu pada tahun 1896


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


7. Dato’ Onn bin Jaafar meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO kerana

A. Beliau telah uzur dan ingin bersara
B. Usul undi tidak percaya terhadap beliau diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO
C. Tunku Abdul Rahman lebih sesuai memimpin UMNO
D. Cadangan beliau supaya UMNO menjadi parti berbilang kaum ditolak oleh ahli-ahli UMNO

8. Seorang Ketua Jabatan harus menguasai kebolehan memikir dan memimpin yang dimenisfestasikan dalam

I. Pengurusan pegawai di dalam jabatannya
II. Penstrukturan perancangan yang strategik
III. Pengurusan projek dan sumber
IV. Urus tadbir yang baik terhadap budaya kerja dan selari dengan hala tuju jabatan

A. I, II sahaja
B. III, IV sahaja
C. I, II, IV sahaja
D. I, II, III, IV

9. Sistem pengoperasian dan perisian pemprosesan adalah dua perkara yang berbeza. Berikut adalah contoh perisian pemprosesan

A. Windows
B. MAC Os
C. Linux
D. Microsoft Word

10. Antivirus adalah perisian yang digunakan bagi mencegah, mengesan dan menghapuskan virus computer dan semua berikut kecuali

A. Malware
B. Trojan
C. Adware
D. Kaspersky

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

Gagal Jawab Soalan Temuduga PTD

Temuduga PTD memang sukar. Seringkali soalan yang ditanya menjangkaui pengetahuan calon sehingga mengakibatkan calon gagal menjawab soalan temuduga PTD yang dikemukakan.

Kadang ada soalan yang anda sendiri tak tahu jawapannya tapi tips utama ialah, jangan sesekali 'buat-buat tahu'. Ianya hanya akan membunuh diri anda sendiri. Panel temuduga tahu apa yang mereka tanya dan mereka tahu apa jawapan yang sepatutnya anda jawab. Jika jawapan anda tersasar ianya adalah refleksi pengetahuan anda. Ini adalah keadaan normal dan tiada apa yang harus dimalukan.

Tak salah untuk mengaku yang anda tak tahu, bahkan ianya lebih baik dari perbuatan 'buat-buat tahu' yang mungkin membawa kepada jawapan yang salah. Jika anda kurang pasti jawapan yang ditanya, anda boleh menggunakan ayat penampan "mengikut apa yang saya tahu.. mungkin Dato' boleh betulkan jika saya salah".

Kadang anda akan diprovokasi. Ianya adalah amalan biasa dalam mana-mana sesi temuduga. Jika ianya berkaitan dengan soalan pendapat umum, anda harus menegakkan pendirian anda. Tapi pendirian anda harus terbuka kepada perbincangan kerana itulah ciri Pegawai Tadbir Diplomatik. Jangan kalut atau gelabah, tenang dan nyatakan pendirian anda.

Jika ianya adalah mengenai isu semasa, tiada jawapan yang salah atau betul. Tujuan provokasi atau 'tembak' hanyalah untuk melihat pendirian anda dan bagaimana anda respons atau bertindakbalas terhadap tentangan (percanggahan pendapat).

Tips Semasa Di Dalam Sesi Temuduga PTD

Semasa berada di dalam sesi temuduga, tidak banyak yang boleh dilakukan. Namun, kami cuba juga memberikan sedikit tips pada kali ini.

Jika boleh anda kenali dahulu siapa penemuduga. Anda boleh terus bertanya sebelum masuk ke bilik interview. Untuk sesi 2010 yang lalu, ada sesi temuduga melibatkan pengerusi SPA ketika itu sendiri iaitu Tan Sri Jamaluddin Hj Ahmad Damanhuri. Mengenali siapa penemuduga anda adalah satu kelebihan kerana anda boleh mula masuk dewan dengan salutasi "Salam sejahtera/Assalamualaikum Yang Berbahagia Tan Sri.."

Ini sekaligus menampakkan yang anda peka. Anda boleh lihat website SPA untuk kenal mereka-mereka yang selalu terlibat dalam proses temuduga melalui pautan di bawah:


Semasa masuk ke bilik Interview harus tertib dan dimulakan dengan pembuka salutasi dan jangan lupa senyuman dan..

- Ceriakan wajah anda.
- Duduk dengan betul tanpa bersilang kaki dan meyakinkan.
- Jangan duduk dahulu, anda boleh duduk bila diminta oleh interviewer.
- Jawab soalan interview hendaklah berstruktur, tepat dan ringkas.

Contoh soalan dan jawapan yang berstruktur, tepat dan ringkas adalah:-

Penemuduga : Beri pandangan anda tentang langkah pencegahan H1N1.

Anda jawab :  “Terdapat beberapa cara pencegahan H1N1. Yang pertamany adalah.., Yang kedua ialah.., Yang ketiga pula..,”

Panduan Sebelum Ke Temuduga PTD

Menghadiri temuduga PTD tidak boleh disamakan dengan sesi-sesi temuduga lain. Ia lebih tough dan sepatutnya anda harus menampilkan intelektualiti anda. Anda harus membuat persediaan yang mencakupi refleksi intelektual anda. Adalah amat memalukan jika anda dipanggil ke temuduga PTD tetapi anda tiada maklumat asas dalam perjawatan ini dan struktur pentadbiran awam.

1. Jadi apakah yang yang perlu disediakan sebelum ke temuduga PTD? Antara maklumat dan persediaan yang anda perlu dalam menyediakan diri anda dalam skop intelektual ini adalah:

- Tahu senarai nama kabinet terbaru, KSN, Ketua Pegawai Perkhidmatan Awam dan orang-orang penting kerajaan.
- Membaca buku Malaysia Kita yang banyak memberi maklumat tentang sistem di negara Malaysia misalnya parlimen negara (dewan rakyat dan dewan negara).
- Membaca buku “kerjaya sebagai PTD” untuk mengetahui Job skop PTD supaya sekiranya ditanya kenapa mahu menjadi PTD, anda akan tahu jawapannya.
- tahu dasar kerajaan terbarunya contohnya “1Malaysia oleh YAB PM” dan biasanya kita akan ditanya tentang apa pandangan tentang langkah kerajaan berhubung “1 Malaysia”. Lebih jelas lagi - kepekaan dengan isu-isu semasa.

2. Sebagai PTD anda harus ada ciri kepekaan ini. Tak kiralah ianya adalah isu pendidikan atau isu-isu lain, anda harus tahu. Lebih-lebih lagi isu yang menjadi isu besar negara. Antaranya jika boleh diberi contoh disini:

- kes H1N1, apakah langkah yang terbaik untuk mencegah penularan penyakit ini?
- isu-isu terbaru di Malaysia? Sentiasa baca suratkhabar dan pastikan anda tahu secara umum dengan isu-isu semasa termasuk bola sepak, komanwel dan sebagainya.

3. Jelas halatuju. Ini adalah perkara utama yang anda perlu buat persediaan. Anda bakal ditanya dengan soalan-soalan berkaitan diri sendiri seperti:

- apa matlamat hidup?
- kenapa mahu jadi PTD?
- kenapa mahu tinggalkan kerjaya sekarang yang sudahpun beri banyak gaji berbanding PTD?
- apa yang anda akan jadi dalam masa beberapa tahun akan datang?

Jadi skop utama sebelum interview adalah persediaan. Persediaan anda harus mencakupi pelbagai cabang dan 3 perkara di atas adalah sesuatu yang mesti dititikberatkan.

Paling penting, jangan hadir temuduga tanpa persediaan!

PAC : Penilaian Kualiti Personal

PAC atau PTD Assessment Centre adalah peringkat kedua yang akan dilalui selepas anda lulus Peperiksaan Bertulis PTD. PAC merupakan satu platform yang akan digunakan oleh pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) menilai kesesuaian anda menjawat jawatan PTD.

Sekiranya JPA melalui PAC berpuas hati dan anda lulus baharulah anda akan diperakukan untuk tujuan temuduga oleh SPA. Temuduga inilah peringkat terakhir.

PAC telah dijalankan sedari 1999 dan melibatkan semua agensi INTAN termasuk di Sabah dan Sarawak. PAC dijalankan selama 1 hari.

Tiga komponen penilaian utama yang digunakan ialah Kualiti Personal, Pengetahuan dan Kemahiran. Jadi untuk tips kali ini, kami kongsikan penilaian Kualiti Personal dahulu.

Satu petua utama untuk kualiti Personal ialah jangan jadi diri anda! Jadi orang lain yang memiliki ciri unggul dan nilai murni terbaik serta personaliti yang halus. Ini semua termasuklah penampilan anda. Dari sudut pakaian dan pembawaan diri yang membuat orang lain berasa selesa dengan anda.

Jaga cara pergaulan dan dan awasi tutur kata anda. Tapi jangan silap, ini tidak bermaksud anda perlu menjadi seorang yang terlalu mesra dan mengada. Kuncinya ialah bertindak sesuai dengan situasi semasa.

Anda juga harus yakin pada kebolehan diri dan sentiasa bersedia menghadapi kerja yang diberikan. Pendek kata, nilai unggul yang tersembunyi di dalam diri anda adalah apa yang pihak penilai mahu lihat.

Teknik Betul Menulis Resume PTD

Teknik Betul Menulis Resume PTD

Kami percaya sesiapa jua mampu menulis resume. Setakat menulis memang tiada masalah. Asal saja pandai mengeja dan membaca pasti tahu menulis resume.

Apa yang susah? Ambil saja mana-mana contoh resume kawan atau download saja di Internet kemudian jadikannya rujukan untuk penulisan resume anda pula. Mudah bukan?

Wednesday, May 16, 2012

Cara Penulisan Resume Pegawai Tadbir Diplomatik


Cara Penulisan Resume Pegawai Tadbir Diplomatik | Pada kali ini perkongsian yang akan kami bawakan ialah tentang penulisan resume PTD yang baik. Bukanlah apa yang kami kongsikan ini adalah yang terbaik tetapi sekurang-kurangnya ia menjadikan penulisan resume PTD anda menjadi lebih sesuai dan baik.

Resume PTD Vs Resume biasa
- Penulisan resume PTD tidak sama dengan penulisan resume biasa lain untuk mencari kerja. Tidaklah banyak perbezaannya. Sebagai contoh, untuk resume biasa anda perlu menyertakan career objective (yakni apa yang anda ingin capai daripada jawatan yanganda pohon itu) tetapi bagi resume PTD, ia tidak perlu disertakan. Jadikannya ringkas, padat, jelas dan menarik hati.


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


Resume PTD Vs CV
- Seharusnya anda fahami bahawa resume PTD adalah berbeza dengan CV. Di dalam CV, anda wajib sertakan secara terang dan menyeluruh akan pencapai yang pernah anda raih. Sebaliknya, resume PTD elok sekiranya disediakan secara ringkas sahaja kira-kira 3-4 muka surat. Ini cadangan kami sahaja ya. Panjang resume PTD ini masih terpulang kepada penilaian anda sendiri terhadap diri anda. Apa yang penting, jadikannya sederhana panjang. Jangan terlalu ringkas dan jangan pula terlalu berjela-jela.

Bahasa digunakan dalam resume PTD
- Berdasarkan maklumbalas daripada rakan-rakan yang berjaya menjadi PTD, kebanyakan daripada mereka menjelaskan bahawa bahasa resume PTD yang mereka gunakan adalah bahasa Inggeris. Tapi pada pendapat kami, soal bahasa ini bukan suatu isu yang besar. Namun, elok juga mengikut jejak langkah mereka yang sudah berjaya itu. Untuk panduan lengkap menulis resume PTD, sila rujuk panduan menulis resume.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

Thursday, May 10, 2012

Kerjaya Sebagai Pegawai Tadbir Dan Diplomatik M41

Kami percaya anda datang ke blog ini dengan satu tujuan - anda mahu menjadi PTD. Umum memaklumi bahawa PTD adalah satu jawatan premier yang menjadi rebutan ramai.

Jawatan ini secara dasarnya membantu kerajaan menggubal dan melaksakan dasar-dasar. PTD menjadi teras perkhidmatan awam dan kerana itulah pegawai PTD sering mengisi kebanyakn jawatan penting dalam syarikat milik kerajaan, badan berkanun dan pastinya sektor awam.

Anda harus sedar proses pemilihan seorang PTD hendaklah melalui tiga tapisan seperti di bawah:

1. Peperiksaan Bertulis
2. PTD Assessment Cantre (PAC)
3. Temuduga

Jadi setelah mengetahui peringkat tersebut, kami ingin bertanya. Adakah anda masih berminat menjadi seorang PTD?

Kalau iya, bagus. Dan teruskan bersama kami di blog ini. Kami akan cuba kongsikan berita-berita dan tips berguna mengenai PTD dari semasa ke semasa.


Khas untuk calon peperiksaan online PTD M41 yang dipanggil pada 01 November ini. Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan anda didaftarkan ke senarai 'waiting list' yang menjadi kumpulan pertama dimaklumkan apabila Pakej Rujukan Peperiksaan PTD M41 dibuka jualan! Jangan sampai ketinggalan. Daftarlah sekarang!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber


-----

Jualan Sudah Dibuka!

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber