Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Showing posts with label Ujian PAC. Show all posts
Showing posts with label Ujian PAC. Show all posts

Sunday, September 16, 2012

Perubahan Pusat PAC Di INTAN Bukit Kiara

Update ini adalah untuk memaklumkan kepada calon yang dipanggil ke ujian PAC. SPA memaklumkan bahawa terdapat ralat atau pertukaran pusat PAC, tarikh dan angka giliran bagi calon yang terlibat dengan PAC PTD M41 di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara seperti berikut:

DARI PUSAT TERDAHULU:

INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

KE PUSAT BARU:

INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH)
Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

Pihak memohon maaf dan segala kesulitan amatlah mereka kesali. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan hal ini, sila layari Portal rasmi SPA dan ajukan kepada mereka. Terima kasih.

Monday, May 28, 2012

Group Discussion Vs Debat Bahasa Malaysia

Terdapat beberapa stage di dalam PTD Assessment Centre (PAC). Anda maklum itu. Dua daripadanya adalah Group Discussion dan Debat Bahasa Malaysia. Untuk menghadapi kedua-dua stage ini tidak boleh sama. Harus ada strategi khas untuk melalui stage kedua berasingan ini. Kita lihat sepintas lalu bagaimana caranya.

Group Discussion
Di dalam stage ini, ia akan diadakan di dalam bahasa Inggeris. Strategi untuk stage ini ialah 'anggap pandangan anda sebuah idea dan bukannya fakta'. Apa yang perlu anda lakukan ialah anda harus bersikap terbuka dan tidak berkeras dalam menerima kritikan rakan perbincangan lain. Anggaplah lontaran fakta yang anda berikan itu idea anda sahaja. Kalau anda anggap ianya fakta maka anda sebenarnya telah menutup ruang untuk perbincangan disebabkan 'fakta' mesti diterima tanpa sebarang persoalan.

Tanamkan di dalam fikiran bahawa idea anda terbuka dan sesiapa jua layak mempersoalkannya. Baharulah perbincangan akan berbunga dan lebih banyak idea akan diluahkan di dalam perbincangan tersebut. Ini pasti akan memberikan gambaran bahawa anda adalah seorang yang punya diplomasi dan sesuai menjadi seorang PTD! Cuma satu hal yang pasti, perbincangan ini dijalankan di dalam bahasa Inggeris! Ini confirm. Dan jika sekiranya bahasa Inggeris anda agak teruk, ini sudah pasti membantutkan lontaran idea dan menutup ruang anda untuk menyertai perbincangan. Jadi latihlah diri anda sedari sekarang untuk fasih berbahasa Inggeris. Kami cadangkan Panduan Fasih Berbahasa Inggeris ini sebagai bahan bacaan tambahan anda.

Debat Bahasa Malaysia
Debat - perkataan ini pun sudah menggambarkan apakah yang perlu dilakukan di dalam stage seterusnya ini. Untuk stage ini, anda harus lakukan berlainan sama sekali daripada stage di atas. Anda mesti yakin pada diri. Strategi untuk stage ini ialah 'pertahankan idea anda sendiri seperti fakta'. Tidak kira apa yang berlaku, anda mesti pertahankan idea-idea anda. Tidak kiranya sama ada anda ditugaskan menjadi pihak pembangkang ataupun pencadang.

Tanamkan di dalam minda bahawa ini bukanlah perbincangan dan apa sahaja idea daripada pihak lawan adalah idea yang salah. Keluarkan seberapa banyak fakta-fakta yang anda tahu untuk mematahkan hujah-hujah pihak lawan. Satu yang harus diingat, jangan terlalu ghairah untuk menang. Kenapa? Kerana bukan pihak mana yang menang menjadi calon pilihan tetapi pihak mana yang pasling sesuai dari pelbagai sudut. Dengan itu, anda harus menjaga kata-kata, tingkahlaku, kawalan emosi dan nilai profesional anda sentiasa. Ini penting!

P/s: Sekiranya artikel yang kami kongsikan ini bermanfaat, jemputlah sekali rakan anda (yang juga ada memohon PTD) untuk mendapatkan kebaikan daripadanya.

Tuesday, May 22, 2012

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC | PTD Assessment Centre atau pre-PAC merupakan peringkat tapisan kedua yang akan dilalui calon-calon PTD. Terdapat dua sebab yang dikenalpasti menjadi faktor utama calon gagal Ujian pre-PAC.


Masalah dalam kecergasan fizikal
Agak ramai juga yang mengeluh sakit badan selepas menghabiskan ujian di kem PAC. Ini antara lain disebabkan oleh kurangnya melakukan senaman atau aktiviti menyihatkan. Lazim pada saat ini masyarakat kita kurang membuat aktiviti fizikal disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada dimana-mana.

Anda harus maklum, ujian kecergasan PAC adalah 'tough' dan agak menguji tahap kecergasan sebenar seseorang. Mungkin ada yang bertanya, 'apa perlunya kecergasan fizikal dengan kerjaya sebagai PTD?


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


PTD adalah suatu bidang kerjaya yang penuh dengan tekanan dan mempunyai jadual kerja yang padat. Jika tidak 'fit', dengan mudah seseorang PTD menghadapi masalah kesihatan dan juga stress. Bukan itu sahaja, sebagai pegawai yang menguruskan hal ehwal berkaitan pentadbiran negara, seorang PTD seharusnya indivifu yang sihat dan seimbang dari sudut fizikal dan mental.


Masalah dalam bahasa Inggeris
Selain masalah skit otot, pecah lemak dan lenguh-lenguh badan. Keluhan kedua yang paling banyak kedengaran adalah tentang masalah ini. Masalah ini tidak boleh diambil ringan kerana ia merupakan antara faktor penentu kejayaan atau kegagalan calon di dalam ujian PAC ini.

Biasanya, masalah bahasa Inggeris ini bukanlah dari sudut teknikal (grammar, sebutan dan lain-lain) tetapi lebih kepada masalah psikologi. Anda semua adalah lepasan universiti dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang. Sudah tentu anda tahu bahasa Inggeris sedikit sebanyak. Masalah utamanya ialah kurangnya pengamalan dalam penuturan bahasa ini.

Dengan latihan berbual yang kerap, bahasa Inggeris bukanlah satu masalah besar. Cuma kesukarannya terletak pada 'pengamalan' dan 'kekerapan' itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Format Terkini Ujian PAC

Perbincangan ini menjadikan Ujian PAC 2011 sebagai bahan panduan. Ini kerana pihak kami percaya, kemungkinan format Ujian PAC pada tahun lepas dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan untuk dijadikan format Ujian PAC 2012 adalah besar. Walaupun begitu, jadikanlah artikel ini sebagai panduan sahaja dan jangan mengambil jalan mudah dengan tidak membuat rujukan-rujukan tambahan di medium-medium lain.

Secara umumnya, format Ujian PAC 2011 lebih kepada kerjasama di dalam kumpulan. Pada awalnya, calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan dalam kumpulan.

Secara kasar, berikut adalah pembahagian aktiviti di dalam Ujian PAC 2011:

- Perbincangan dalam kumpulan
- Menyelesaikan masalah berbentuk permainan
- Membuat perancangan berdasarkan tugasan diberi
- Aktiviti fizikal
- Pembentangan tugasan
- Kreativiti
- Mempertahankan idea

Dan harus diingat, daripada pembahagian aktiviti di atas, akan ada yang dipecahkan kepada dua sesi. Dimana satu untuk sesi BM dan satu lagi untuk sesi BI. Ini untuk membolehkan pada penilai melihat sejauh mana kemampuan berbahasa anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. Biasanya, aktiviti 'pembentangan tugasan' dilakukan di dalam BI. Jadi berhati-hati.

Tentang 'aktiviti fizikal' pula. Seperti yang pernah kami ingatkan (kalau anda memang pembaca aktif blog ini) mulakan latihan fizikal anda daripada sekarang. jauh sebelum anda mendapat surat panggilan Ujian PAC lagi.Dalam format terkini untuk tahun 2011, aktiviti fizikal yang digunakan adalah merupakan adaptasi atau ubahsuaian daripada aktiviti senamrobik, aerobik berirama dan larian. Bukan semuanya tetapi satu bentuk aktiviti yang diubahsuai.

Satu lagi yang membuat kita agak malu, di dalam aktiviti 'perbincangan dalam kumpulan'. Apa yang berlaku adalah aktiviti ini dijalankan dengan berbantukan keratan akhbar. Ingat lagi tak ketika anda mahu menduduki peperiksaan bertulis PTD M41 sebelum ini? Bukankah anda diingatkan berkali-kali agar membaca akhbar agar pengetahuan isu semasa anda luas. Nampaknya Ujian PAC ini dengan jelas mengatakan seperti ini - 'jangan malas membaca akhbar'.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah pernah menduduki Ujian PAC sebelum ini, sila jangan segan berkongsi pengalaman bersama kami untuk dijadikan penduan pembaca lain.

Perubahan Tempoh Ujian PAC : 2008 Hingga 2011

Sedikit sorotan ringkas mengenai tempoh Ujian PAC dijalankan untuk beberapa tahun kebelakangan ini:

- Sebelum tahun 2008 (diadakan selama 3 hari)
- Diantara 2008 hingga 2010 (diadakan selama 1 hari)
- Bermula Mac 2011 (diadakan selama 2 hari)

Melihat kepada sorotan jadual perubahan di atas, dimaklumi bahawa penilaian Ujian PAC sering mengalami perubahan. Ini sengaja dilakukan untuk menjaga mutu dan kualiti penilaian ini agar aras prestij jawatan PTD kekal tinggi.

Harus juga diketahui agar anda bersyukur, penilaian era-era awal Ujian PAC adalah lebih mencabar daripada pasca 2000. Ini memang berita yang melegakan kebanyakan orang. Alhamdulilah..

Diharapkan dengan perkhabaran ini, keyakinan anda akan menjadi lebih kukuh. Buangkan rasa tidak percaya pada kebolehan diri dan prasangka-prasangka buruk lain. Pada post akan datang, kami akan kongsikan pula format Ujian PAC 2011. Kami yakin, format tahun lalu ini masih lagi akan digunakan dengan beberapa penambahbaikan daripada pihak SPA. Jadi sertailah blog ini dengan menjadi pembaca aktif menggunakan borang di bahagian kanan di atas untuk menjadi pembaca pertama yang menerima perkongsian-perkongsian terbaru daripada kami.

Sunday, May 20, 2012

Jangan Rasa Tertekan Menghadiri Ujian PAC

Peperiksaan bertulis M41 (stage 1) untuk sesi Mei 2012 baru sahaja berlalu. InsyaAllah kalau tiada apa-apa dan jika rezeki lulus, tidak lama lagi anda akan menerima pula surat panggilan ke Programme Assessment Centre (stage 2) di lokasi seluruh negara termasuk INTAN Sabah, INTAN Sarawak, INTIM, INTURA, IKWAS dan INTENGAH. Sila rujuk post terdahulu kami tentang alamat penuh kampus INTAN seluruh negara.

Memanglah format dari satu sesi PAC ke sesi PAC yang lain tidak sama dari tahun ke tahun. Kadangkala perbezaannya bukanlah banyak. Sedikit sahaja. Dan ini juga menjadi penyumbang kepada kegusaran calon-calon PTD yang akan menghadiri PAC. Itu normal la kan.

Tapi jangan rasa tertekan. Jangan stress. Apa yang paling penting anda faham bahawa komponen penilaian utamanya tidak jauh berbeza dari tahun ke tahun. Pada asasnya ia merangkumi:

- Kebolehan berbahasa (English/Melayu)
- Kebolehan dalam pengucapan awam
- Keluasan pengetahuan am (peka terhadap isu semasa)
- Menguji tahap kecergasan fizikal (fitness)
- Menguji kebolehan berkerjasama dan berkumpulan

Kenapa tidak perlu stress? Kerana rata-rata calon PTD yang melalui PAC ini juga seperti anda. Bahkan ini boleh dikatakan antara kenangan indah untuk dikenang. Sama ada gagal atau lulus, itu terpulang kepada kehendak Ilahi tetapi peluang untuk menyertainya memang peluang yang tidak harus disia-siakan.

Apa yang penting, buatlah persediaan yang sewajarnya. Persediaan-persediaan itu sepatutnya merangkumi komponen penilaian yang disebutkan di atas. Bersedia awal memang tiada tandingannya. Buatlah sekarang sebelum panggilan PAC dikeluarkan oleh pihak SPA.

Kami percaya, yang paling menggusarkan hati ramai calon PTD adalah isu-isu semasa bukan? Jangan bimbang kerana kalau berdasarkan isu semasa yang diketengahkan pada sesi-sesi PAC yang lalu, ia selalunya begitu terbuka. Kami andaikan hal ini adalah untuk membolehkan semua calon memberikan pendapat, idea, perkongsian dan isi-isi terhadap tajuk umum seperti itu.

Sebagai misal, pernah ujian PAC sebelum-sebelum ini membawakan tajuk perbincangan yang agak santai dan ringan bertajuk 'Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak' dan 'Sekolah 1 Aliran'. Tajuk-tajuk seperti ini tidak terlalu mementingkan fakta dan petikan kajian. Cukup dengan hujah bernas, disokong kenyataan dan huraian yang memukau.

Jadi bertenanglah. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Jangan rasa tertekan ya..

Alamat Pusat Ujian PAC Seluruh Malaysia

Biasanya, Ujian PAC akan dilaksanakan di kampus-kampus INTAN (Intitut Tadbiran Awam Negara) seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, ada juga ketikanya lokasi Ujian PAC diubah oleh pihak SPA. Tapi hal ini akan pihak SPA makluman terlebih awal kepada para calon yang dipanggil.

Jadi jika anda calon dipanggil ke Ujian PAC, amatlah elok untuk mengetahui lokasi-lokasi kampus INTAN seluruh Malaysia ini. Tidak mustahil anda akan ditempatkan di tempat yang jauh daripada alamat tempat tinggal anda kini. Jadi anda perlu bersedia.

INTAN Sabah,
Jalan Sulaman Tuaran,
Beg Berkunci 2080,
88999 Kota Kinabalu, Sabah

Tel : 088-483500
Fax : 088-473645 (Pentadbiran), 088-473647/648 (Latihan)
E-Mel : maklumbalas@intansabah.intan.my

INTAN Kampus Sarawak
No. 2, Lot 5452
Jalan Datuk Mohammad Musa
94300 KOTA SAMARAHAN
Sarawak

Tel : 082-626024 / 082-626025 / 082-592000
Fax : 082-615060
Emel : intanswk@intanswk.intan.my

INTAN Wilayah Tengah (INTENGAH)
Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur

Tel : 03–7966 1555
Fax : 03–7955 4767
E-Mel : maklumbalas@intengah.intan.my

INTAN Wilayah Selatan (IKWAS)
KM 3, Jalan Batu Pahat,
Peti Surat 141,
86007 Kluang,
Johor

Tel : 07-7752 500
Faks (Pentadbiran) : 07-7725 661
Faks (Latihan) : 07-775 2530
E-Mel : maklumbalas@ikwas.intan.my

INTAN Wilayah Utara (INTURA)
Jalan Kuala Ketil,
Peti Surat 94,
08007 Sungai Petani,
Kedah Darul Aman
Tel : 04–421 8321
Fax : 04–421 4489
E-Mel : maklumbalas@intura.intan.my

INTAN Wilayah Timur (INTIM)
Bukit Geliga, Cukai,
Peti Surat 65,
24007 Kemaman,
Terengganu
Tel : 09–868 3808
Fax : 09–868 3007
E-Mel : maklumbalas@intim.intan.my

Thursday, May 17, 2012

Kriteria & Peranan Menjadi PTD M41 : Bijak Bercakap

Kalau anda perasan, bercakap sangat banyak terlibat dalam proses pemilihan dan pengambilan seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Bermula dengan penulisan esei BM dan BI ketika peperiksaan bertulis, debat dan perbincangan semasa Ujian PAC sehinggalah ketika menjawab soalan-soalan temuduga di stage terakhir.

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh pihak SPA dan JPA? Adakah mereka sekadar mahu melihat kekukuhan keyakinan calon atau apa?

Disebabkan kurang peka pada hal ini maka ramai calon yang 'main belasah' atau 'goreng' saja sesi-sesi melibatkan perbualan ini. Tanpa mereka menyedari bahawa sesi melibatkan pengucapan ini adalah masa-masa genting dimana keputusan dibuat sama ada memilih anda mahu pun tidak.

Jauh lebih penting daripada keluasan pengetahuan am semata-mata, seseorang calon seharusnya mahir mengaitkan isu yang sedang ditanyakan dengan fakor dan penyelesaian. Inilah fungsi seorang PTD. Main key inilah yang jangan sekali-kali dilupakan. Kalau tidak / belum mahir maka mahirkan diri mengaitkan faktor penyebab dan jalan penyelesaian bagi semua isu yang sedang dibincangkan secara rancak di seluruh negara. Inilah yang dipanggil sebagai bijak bercakap.

Inilah pembeza di antara seorang calon pegawai PTD yang setakat 'tahu' dan 'betul-betul tahu' tentang isu yang sedang dia perkatakan.

Kedua, 'betul-betul tahu' itu bukanlah ciri yang sesuai calon seorang ketua. Ketua yang baik adalah terbuka dan tegas. Gabungan kepada kedua-dua nilai ini. Terbuka pada ketika yang sesuai dan tegas pada isu-isu yang sepatutnya.

Pada akhirnya, ini semua terpulang kepada kehendak soalan ujian itu juga. Fahami, analisis dan sintesiskan dahulu apa yang diinginkan oleh tajuk atau soalan yang diajukan. Pemahaman yang jernih adalah lahir daripada hati yang bersih. Jadi kebersihan rohani juga amat memainkan peranan yang penting. Lebih-lebih lagi setelah anda bergelar seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik nanti!

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

Checklist Keperluan Ke Ujian PAC

Sudah bersedia ke ujian PAC? Sudah mengikut satu persatu saranan pelan tindakan ke PAC yang kami kongsikan hari itu? Tarikh PAC pun sudah tidak lama lagi. Kalau begitu, sekali lagi kami ingatkan beberapa senarai semak atau checklist keperluan yang mesti disediakan sebelum bertolak ke kem PAC.

Checklist 8 keperluan ke PAC:
1. Surat panggilan ke Program PTD Assessment Centre.
2. 2 keping gambar terbaru berukuran passport.
3. Skrol ijazah dan transkrip penuh (Asal dan Salinan).
4. Cetak dan lengkapkan borang profil peserta (I dan II) dan diserahkan sewaktu mendaftar di kem Ujian PAC. Muaturun borang profil peserta Ujian PAC ini.
5. Bawa peralatan tulis (pensil, pen, pemadam, pembaris dan sebagainya) untuk Ujian Sahsiah
6. Seluar track berwarna gelap dan baju t-shirt berwarna putih. Baju mesti berkolar.
7. Kasut sukan.
8. Pakaian bersolat (bagi Muslim) dan lain-lain pakaian keperluan.

Beberapa peringatan penting:
• Pakain pakaian pejabat (kasual) semasa membuat pendaftaran.
• Penginapan tidak disediakan untuk bermalam sepanjang Ujian PAC berlangsung.
• Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki atau mengemukakan maklumat palsu akan memberi kesan negatif dan menjejaskan peluang anda.

Pelan Tindakan Untuk Menghadapi Ujian PAC

Post kali ini adalah lebih kepada 'pelan tindakan' atau apakah perkara-perkara yang perlu dilakukan dalam pada menghadapi  PTD Assessmen Centre (PAC).

Secara kasar, kalau berdasarkan pengalaman lepas dan juga perkongsian rakan-rakan pembaca lain, Ujian PAC bolehlah dibahagikan kepada 3 aspek penilaian utama seperti berikut:

1. Aspek Pengucapan BM
2. Aspek Pengucapan BI
3. Aspek fizikal

Aspek 1 dan 2 dinilai melalui penggunaan medium debat dan sesi perbincangan. Sementara aspek 3 akan dinilai berdasarkan aktiviti fizikal. Sebelum ini ialah aktiviti larian sejauh 2.4 Km dan digantikan dengan 5 corak senaman.

Pelan tindakan di bawah adalah garis panduan kasar daripada kami untuk manfaat anda agar persediaan ke ujian PAC menjadi lebih kemas dan lengkap. Ikuti satu-persatu..

- Baca akhbar perdana BM setiap hari.
- Baca akhbar perdana BI setiap hari.
- Tonton berita utama pukul 8 malam.
- Petik dan hafal kenyataan rasmi tokoh, menteri atau badan berwajib dalam isu-isu penting. Contoh: 'mengikut statistik yang di sahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, kes H1N1 di Malaysia sehingga 21 Jun ialah sebanyak 42 kes'.
- Berlatih membaca akhbar Inggeris dengan sebutan kuat agar menjadi lebih lancar.
- Monolog (bercakap sendiri) dalam BM dan BI pada waktu yang sesuai untuk berlatih menyusun idea.
- Perbanyakkan senaman, latihan fizikal dan aktiviti fizikal lain.
- Ulangi semua ini setiap hari sampai tarikh Ujian PAC tiba.
- Usaha tangga kejayaan.

PAC: Penilaian Kemahiran & Pengetahuan

Kepada yang lulus peperiksaan bertulis baru-baru ini, tahniah kami ucapkan. Tanpa membuang masa, anda seharusnya terus saja mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan Ujian PAC yang akan anda hadapi tidak lama lagi.

Pada perkongsian lepas, kami telah huraikan secara ringkas komponen penilaian pertama di dalam ujian PAC iaitu Kualiti Personal dan pada kali ini kita akan lihat pula kriteria seterusnya yakni komponen kemahiran dan komponen pengetahuan.

Kemahiran- Ini adalah kualiti utama yang mesti anda tonjolkan. Perlihatkannya sejelas mungkin agar anda kelihatan lebih menyerlah berbanding calon lain. Terutamanya kemhiran berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sesama rakan bukan hanya setakat ramah tetapi tumpuan pada keberkesanan komunikasi anda itu. Bahasa yang anda guna harus pada aras yang tinggi disulami isi yang bermutu dan kandungan idea bernas.

- Pada sesi pengucapan awam, maklumat anda mesti disusun sesistematik mungkin supaya idea yang cuba anda sampaikan tepat kepada penerima. Haruslah dijaga bagaimana anda menyampaikan hujah dan bagaimana pula anda membidas hujah. Nilai kesopanan dan keluhuran sentiasa ditatang dalam pada anda diasak orang lain ketika mempertahankan hujah anda.

Pengetahuan
- Semua kualiti di atas akan kurang dapat ditonjolkan sekiranya calon tidak mempunyai pengetahuan am yang luas. Sukalah pihak kami mengingatkan anda agar membaca sebanyak mungkin termasuk terbitan seperti buku, majalah, jurnal dan akhbar. Isu-isu yang ligat di corong radio dan kaca TV tidak seharusnya terlepas daripada pandangan anda. Hanya dengan berpengetahuan luas baharulah anda punya banyak idea atau maklumat untuk disampaikan dengan kemas.

- Timing yang betul adalah penting. Kematangan anda dalam menyampaikan idea dilihat dari sudut cetusan idea itu sendiri pada masa yang tepat. Idea yang keluar awal atau terlalu lewat menjadi kurang releven pada sesi perdebatan. Ini harus dijaga.

Selamat menduduki Ujian PAC dari kami!

PAC : Penilaian Kualiti Personal

PAC atau PTD Assessment Centre adalah peringkat kedua yang akan dilalui selepas anda lulus Peperiksaan Bertulis PTD. PAC merupakan satu platform yang akan digunakan oleh pihak JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) menilai kesesuaian anda menjawat jawatan PTD.

Sekiranya JPA melalui PAC berpuas hati dan anda lulus baharulah anda akan diperakukan untuk tujuan temuduga oleh SPA. Temuduga inilah peringkat terakhir.

PAC telah dijalankan sedari 1999 dan melibatkan semua agensi INTAN termasuk di Sabah dan Sarawak. PAC dijalankan selama 1 hari.

Tiga komponen penilaian utama yang digunakan ialah Kualiti Personal, Pengetahuan dan Kemahiran. Jadi untuk tips kali ini, kami kongsikan penilaian Kualiti Personal dahulu.

Satu petua utama untuk kualiti Personal ialah jangan jadi diri anda! Jadi orang lain yang memiliki ciri unggul dan nilai murni terbaik serta personaliti yang halus. Ini semua termasuklah penampilan anda. Dari sudut pakaian dan pembawaan diri yang membuat orang lain berasa selesa dengan anda.

Jaga cara pergaulan dan dan awasi tutur kata anda. Tapi jangan silap, ini tidak bermaksud anda perlu menjadi seorang yang terlalu mesra dan mengada. Kuncinya ialah bertindak sesuai dengan situasi semasa.

Anda juga harus yakin pada kebolehan diri dan sentiasa bersedia menghadapi kerja yang diberikan. Pendek kata, nilai unggul yang tersembunyi di dalam diri anda adalah apa yang pihak penilai mahu lihat.

Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber