Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Wednesday, October 29, 2014

Jualan Rujukan Exam Online PTD 2014 Akan Ditutup Hari Ini!

Penafian: Ini hanyalah ingatan mesra. Tiada niat memaksa, jauh sekali mendesak. Masa depan anda adalah bergantung sepenuhnya kepada keputusan-keputusan 'kecil' yang anda buat sepanjang perjalanan kehidupan ini. Termasuklah keputusan yang bakal anda ambil hari ini.

Sehingga ini sedang ditulis, masa hanya berbaki lebih kurang 12 jam, 20 minit dan 38 saat sebelum Pakej Rujukan Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 ditutup jualannya. Untuk masa yang lebih tepat, anda boleh semak sendiri dengan pergi ke laman rasmi melalui pautan berikut:

Sunday, October 26, 2014

Preview PERCUMA Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014!

Preview PERCUMA Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014!
Preview PERCUMA Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik 2014!

Salam hormat.

Sekiranya anda dipanggil ke Peperiksaan Online Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 oleh pihak SPA pada 01 November ini, kami percaya anda sudah mulai sibuk membuat persediaan.

Wednesday, October 22, 2014

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik M41 Pada 01 November 2014

Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2014
Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Diplomatik 2014.

Kami percaya, anda sudah maklum bahawa SPA akan mengadakan peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik Gred M41. Tarikh yang dipilih bagi peperiksaan ini ialah pada 01 November 2014 yakni bersamaan dengan hari Sabtu.

Berbanding dengan peperiksaan-peperiksaan yang dijalankan SPA sebelum ini untuk jawatan PTD M41, pada tahun ini kelainan yang palig ketara ialah ia akan diadakan secara atas talian / online. Selain itu juga, perbezaan yang dilakukan oleh SPA turut melibatkan komponen-komponen yang diuji dan bilangan soalan untuk setiap seksyen.

Sehingga kini, pihak kami masih belum menerima maklumat yang sahih berkenaan perubahan-perubahan ini. Sekiranya ada, dengan segara kami kongsikan dengan anda. Jangan bimbang. Untuk kali ini, hanya ada tiga perkara yang ingin kami kongsikan.

1. Semakan Peperiksaan Online PTD 2014
Jika anda tidak pasti sama ada dipanggil atau tidak ke peperiksaan kali ini atau kepada anda yang baru menerima maklumat ini, sila buat semakan di pautan yang disediakan di bawah:

>> Semakan Peperiksaan Online PTD 2014

2. Update Percuma Rujukan Khas PTD
Kepada calon peperiksaan PTD M41 yang lepas (ketika masih peperiksaan bertulis lagi) dan menjadi pembeli Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Bertulis PTD M41, ini ada satu berita baik buat anda! Terutama bagi yang dipanggil sekali lagi, tapi untuk peperiksaan online pula. Pihak InfoKerjaya Resources yang menjadi pengeluar rujukan tersebut, pada ketika ini sedang dalam proses mengemaskini rujukan tersebut supaya lebih tepat dan valid.

Anda sebagai pembeli lepas, tidak perlu merasa rugi kerana anda akan diberikan versi 'update' secara PERCUMA selepas semua proses kemaskini selesai nanti. Cara untuk mendapatkan versi yang dikemaskini ini akan kami maklumkan kemudian. Apa yang penting, anda rajin membuka emel yang kami akan hantarkan dari masa ke semasa atau selalu menyemak post terkini di Blog Panduan PTD M41.

3. Ingin Berhenti Menerima Emel kami
Kepada pembaca yang sudah lulus peperiksaan PTD atau barangkali sudah pun menjadi seorang PTD atau yang merasakan emel-emel yang diterima daripada kami sudah tidak releven kerana anda sudah tidak terlibat dengan peperiksaan ini, maka kami dengan penuh rasa rendah diri meminta anda mengklik pautan 'Unsubscribe' di bahagian bawah emel yang diterima daripada kami. InsyaAllah alamat emel anda akan dikeluarkan daripada sistem kami secara automatik dan selepas ini akan tidak akan menerima sebarang emel daripada kami lagi.

Kami menghormati privasi anda dan sama sekali tidak ingin dianggap menghantar emel spam / emel yang tidak diingini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda masih ingin terus bersama kami maka terima kasih diucapkan dan 'kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan'.

----

P/s: Dalam tempoh beberapa hari akan datang ini, anda akan menerima beberapa emel / post daripada kami. Ini adalah kerana ia rangka usaha kami membantu melengkapkan persediaan anda menjelangnya peperiksaan online pada 01 November 2014 ini nanti.

-----

Update terkini: Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber