Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Thursday, November 7, 2013

Penjadualan Temuduga PTD Di JPA - Fasa Lima

Temuduga PTD Fasa Lima
Makluman daripada pihak SPA:

Penjadualan Temu Duga Bagi Jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 Di Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (Fasa 5).

Calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat . Temu duga fasa kelima akan diadakan mulai 01 November 2013 hingga 27 November 2013.

Calon-calon yang tidak termasuk dalam urusan temu duga fasa kelima akan dipanggil temu duga dalam fasa seterusnya dan diminta membuat semakan dari semasa ke semasa di penjadualan temu duga . Calon-calon juga akan dimaklumkan mengenai panggilan temu duga melalui emel/khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat panggilan temu duga.

Sekian, harap maklum.

Saturday, August 31, 2013

Penjadualan Temuduga PTD Di JPA - Fasa III

Berikut adalah pengumuman daripada pihak SPA:

Calon-calon yang telah lulus peperiksaan memasuki skim perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M41 akan dipanggil temu duga secara berperingkat. Temuduga fasa ketiga akan diadakan mulai 20.8.2013 hingga 5.9.2013.

Calon-calon yang tidak termasuk dalam urusan temu duga fasa ketiga akan dipanggil temu duga dalam fasa seterusnya dan diminta membuat semakan dari semasa ke semasa di penjadualan temu duga. Calon-calon juga akan dimaklumkan mengenai panggilan temu duga melalui emel/khidmat pesanan ringkas (SMS) dan surat panggilan temu duga.

Sekian, harap maklum.

Sunday, September 16, 2012

Perubahan Pusat PAC Di INTAN Bukit Kiara

Update ini adalah untuk memaklumkan kepada calon yang dipanggil ke ujian PAC. SPA memaklumkan bahawa terdapat ralat atau pertukaran pusat PAC, tarikh dan angka giliran bagi calon yang terlibat dengan PAC PTD M41 di INTAN Kampus Utama Bukit Kiara seperti berikut:

DARI PUSAT TERDAHULU:

INTAN Kampus Utama Bukit Kiara
Jalan Bukit Kiara
50480 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

KE PUSAT BARU:

INTAN Kampus Wilayah Tengah (INTENGAH)
Jalan Elmu,
59100 Kuala Lumpur
W.P Kuala Lumpur

Pihak memohon maaf dan segala kesulitan amatlah mereka kesali. Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan hal ini, sila layari Portal rasmi SPA dan ajukan kepada mereka. Terima kasih.

Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber