Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Monday, January 12, 2015

Attitude ke Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41

Attitude ke Temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik M41!

Perkongsian ini adalah siri keempat daripada beberapa siri perkongsian yang akan saya hantarkan dalam rangka usaha membantu rakan-rakan calon yang akan menduduki temuduga PTD M41 yang dijangka berakhir pada 15 Januari ini. InsyaAllah (jika diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik). Jika anda terlepas tips yang kedua, sila baca Pakai Ini Untuk Gagal Temuduga PTD - Cubalah! ini terlebih dahulu.

Ketika menghadiri temuduga, penampilan adalah perkara utama. Kenapa? Kerana penampilan pertama anda akan mempengaruhi tanggapan pertama panel penemuduga. Ingat, mereka berhak menentukan sama ada anda lulus atau gagal temuduga ini!

Ceria, bertenaga dan bersemangat waja adalah elemen yang diperlukan.

Barangkali anda mungkin penat atau tak cukup rehat, tetapi anda harus bijak memanipulasikan situasi. Selindungkan permasalahan yang anda sedang hadapi. Ini merupakan antara ciri-ciri pekerja yang diperlukan. Walaupun anda ada masalah, namun anda memilih untuk bersikap professional dengan tidak mencampurkannya dengan urusan kerja.

Ini adalah tiket untuk gagal dalam temuduga. Tiada sesiapa yang akan dapat bekerjasama dengan anda. Segala potensi, bakat dan kelebihan diri anda akan terbiar begitu sahaja.

Sungguh pun begitu, sikap negatif masih boleh diubati dengan :

>> Melatih diri menjawab soalan sendiri sehingga yakin.

>> Menyemak resume untuk menghargai pencapaian, kebolehan dan pengalaman anda.

>> Senaman ringan seperti menarik nafas sedalam-dalamnya.

>> Berdoa untuk ditenangkan hati dan fikiran



P/s: Khas untuk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada tahun 2016 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber