Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Saturday, January 10, 2015

Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga PTD – Cubalah!

Pakai ini Untuk GAGAL Temuduga PTD – Cubalah!

Perkongsian ini adalah siri ketiga daripada beberapa siri perkongsian yang akan saya hantarkan dalam rangka usaha membantu rakan-rakan calon yang akan menduduki temuduga PTD M41 yang dijangka berakhir pada 15 Januari ini. InsyaAllah (jika diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik). Jika anda terlepas tips yang kedua, sila baca Tips Lulus Temuduga PTD 2014 - Berlatih! ini terlebih dahulu.

Tidak sama pakaian semasa tidur dengan pakaian semasa bersukan. Begitu juga dengan pakaian kerja. Anda perlu mencipta imej kerjaya yang cemerlang di hadapan bakal majikan kerana mereka akan mulai membuat penilaian tidak rasmi sebelum temuduga bermula.

Elakkan daripada berpakaian santai seperti :

>> T-shirt

>> Baju atau seluar ketat

>> Menjolok mata

>> Skirt pendek

>> Kasut sukan

>> Selipar

Jadi apa cadangan pakaian yang sesuai untuk dipakai semasa temuduga? Anda dicadangkan berpakaian yang :

>> Sopan

>> Berwarna lembut

>> Bersih

>> Berbau segar

>> Bergosok

Pakaian yang digalakkan seperti kemeja, baju kurung atau skirt labuh. Calon wanita disarankan bersolek sederhana dan jangan memakai pewangi yang terlalu kuat baunya. Calon lelaki hendaklah bertali leher, stokin dan berkasut.



P/s: Khas untuk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada 09 Disember 2014 - 15 Januari 2015 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Temuduga PTD Gred M41 dijangka akan dijalankan SPA pada 09 Disember 2014 - 15 Januari 2015 ini. Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber