Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Tuesday, December 2, 2014

Tips Lulus Temuduga PTD 2014 – Berlatih!

Tips Lulus Temuduga PTD 2014 – Berlatih!

Perkongsian ini adalah siri kedua daripada beberapa siri perkongsian yang akan saya hantarkan dalam rangka usaha membantu rakan-rakan calon yang akan menduduki temuduga PTD M41 yang dijangka diadakan pada 08 Disember ini. InsyaAllah (jika diberikan umur panjang dan kesihatan yang baik). Jika anda terlepas tips yang pertama, sila baca Punca Gagal Temuduga PTD M41 - Tidak Ada Persediaan ini terlebih dahulu.

Pernah lihat calon gugup semasa disoal? Tentulah belum kan. Kecuali anda memang salah seorang panel penemuduga. Hakikatnya, ramai calon yang mengalami masalah gugup dan gagap semasa sesi temuduga dilangsungkan. Masalah ini 'common' dan selalu berlaku dalam mana-mana sesi temuduga.

Bagaimana hal ini boleh berlaku? Jawapannya - Komunikasi tak lancar.

Kenapa Komunikasi tak lancar? Jawapannya - Akibat tiada latihan!

Macam mana nak buat latihan? Berikut diperturunkan beberapa tips yang berguna buat anda.

1. Senaraikan soalan-soalan yang bakal ditanya. Bayangkan diri anda sebagai penemuduga. Senaraikan soalan yang ingin anda tanya kepada calon.

2. Minta bantuan rakan untuk membuat simulasi sesi temuduga. Ini membantu anda menjawab dengan lebih lancar dan mampu mengawal perasaan gemuruh yang mengakibatkan kegugupan.

3. Paling tidak, buat latih di depan cermin secara bersendirian. Supaya anda boleh menilai terus corak dan gaya persembahan anda. Selain itu, anda juga boleh berlatih mengawal otot muka agar sentiasa kelihatan manis tersenyum dan berkeyakinan.

4. Berlatih menggunakan bahasa inggeris sebagai persediaan tambahan. Cuba sampaikan dalam bentuk yang mudah difahami. Ini pasti memberi nilai tambah kepada anda sebagai calon. Siapa tahu anda boleh menjadi calon pilihan juri!



P/s: Khas untuk calon yang dipanggil ke sesi temuduga Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41 pada 09 Disember 2014 - 15 Januari 2015 ni. Dapatkan panduan temuduga lengkap di sini.



Temuduga PTD Gred M41 dijangka akan dijalankan SPA pada 09 Disember 2014 - 15 Januari 2015 ini. Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber