Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Tuesday, May 22, 2012

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC

Dua Sebab Calon Gagal pre-PAC | PTD Assessment Centre atau pre-PAC merupakan peringkat tapisan kedua yang akan dilalui calon-calon PTD. Terdapat dua sebab yang dikenalpasti menjadi faktor utama calon gagal Ujian pre-PAC.


Masalah dalam kecergasan fizikal
Agak ramai juga yang mengeluh sakit badan selepas menghabiskan ujian di kem PAC. Ini antara lain disebabkan oleh kurangnya melakukan senaman atau aktiviti menyihatkan. Lazim pada saat ini masyarakat kita kurang membuat aktiviti fizikal disebabkan kemudahan-kemudahan yang ada dimana-mana.

Anda harus maklum, ujian kecergasan PAC adalah 'tough' dan agak menguji tahap kecergasan sebenar seseorang. Mungkin ada yang bertanya, 'apa perlunya kecergasan fizikal dengan kerjaya sebagai PTD?


Untuk mendapatkan pakej rujukan lengkap PTD, info peperiksaan, tips temuduga, petua PrePAC, tarikh exam online dan lain-lain maklumat penting. Sila daftarkan emel melalui borang di bawah.





Delivered by FeedBurner

PENTING: 10-15 minit kemudian, semak emel pengesahan yang dihantar kepada anda dan klik link pengesahan disertakan!


PTD adalah suatu bidang kerjaya yang penuh dengan tekanan dan mempunyai jadual kerja yang padat. Jika tidak 'fit', dengan mudah seseorang PTD menghadapi masalah kesihatan dan juga stress. Bukan itu sahaja, sebagai pegawai yang menguruskan hal ehwal berkaitan pentadbiran negara, seorang PTD seharusnya indivifu yang sihat dan seimbang dari sudut fizikal dan mental.


Masalah dalam bahasa Inggeris
Selain masalah skit otot, pecah lemak dan lenguh-lenguh badan. Keluhan kedua yang paling banyak kedengaran adalah tentang masalah ini. Masalah ini tidak boleh diambil ringan kerana ia merupakan antara faktor penentu kejayaan atau kegagalan calon di dalam ujian PAC ini.

Biasanya, masalah bahasa Inggeris ini bukanlah dari sudut teknikal (grammar, sebutan dan lain-lain) tetapi lebih kepada masalah psikologi. Anda semua adalah lepasan universiti dan mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang. Sudah tentu anda tahu bahasa Inggeris sedikit sebanyak. Masalah utamanya ialah kurangnya pengamalan dalam penuturan bahasa ini.

Dengan latihan berbual yang kerap, bahasa Inggeris bukanlah satu masalah besar. Cuma kesukarannya terletak pada 'pengamalan' dan 'kekerapan' itu sendiri.

Monday, May 21, 2012

Format Terkini Ujian PAC

Perbincangan ini menjadikan Ujian PAC 2011 sebagai bahan panduan. Ini kerana pihak kami percaya, kemungkinan format Ujian PAC pada tahun lepas dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan untuk dijadikan format Ujian PAC 2012 adalah besar. Walaupun begitu, jadikanlah artikel ini sebagai panduan sahaja dan jangan mengambil jalan mudah dengan tidak membuat rujukan-rujukan tambahan di medium-medium lain.

Secara umumnya, format Ujian PAC 2011 lebih kepada kerjasama di dalam kumpulan. Pada awalnya, calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan dalam kumpulan.

Secara kasar, berikut adalah pembahagian aktiviti di dalam Ujian PAC 2011:

- Perbincangan dalam kumpulan
- Menyelesaikan masalah berbentuk permainan
- Membuat perancangan berdasarkan tugasan diberi
- Aktiviti fizikal
- Pembentangan tugasan
- Kreativiti
- Mempertahankan idea

Dan harus diingat, daripada pembahagian aktiviti di atas, akan ada yang dipecahkan kepada dua sesi. Dimana satu untuk sesi BM dan satu lagi untuk sesi BI. Ini untuk membolehkan pada penilai melihat sejauh mana kemampuan berbahasa anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. Biasanya, aktiviti 'pembentangan tugasan' dilakukan di dalam BI. Jadi berhati-hati.

Tentang 'aktiviti fizikal' pula. Seperti yang pernah kami ingatkan (kalau anda memang pembaca aktif blog ini) mulakan latihan fizikal anda daripada sekarang. jauh sebelum anda mendapat surat panggilan Ujian PAC lagi.Dalam format terkini untuk tahun 2011, aktiviti fizikal yang digunakan adalah merupakan adaptasi atau ubahsuaian daripada aktiviti senamrobik, aerobik berirama dan larian. Bukan semuanya tetapi satu bentuk aktiviti yang diubahsuai.

Satu lagi yang membuat kita agak malu, di dalam aktiviti 'perbincangan dalam kumpulan'. Apa yang berlaku adalah aktiviti ini dijalankan dengan berbantukan keratan akhbar. Ingat lagi tak ketika anda mahu menduduki peperiksaan bertulis PTD M41 sebelum ini? Bukankah anda diingatkan berkali-kali agar membaca akhbar agar pengetahuan isu semasa anda luas. Nampaknya Ujian PAC ini dengan jelas mengatakan seperti ini - 'jangan malas membaca akhbar'.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah pernah menduduki Ujian PAC sebelum ini, sila jangan segan berkongsi pengalaman bersama kami untuk dijadikan penduan pembaca lain.

Perubahan Tempoh Ujian PAC : 2008 Hingga 2011

Sedikit sorotan ringkas mengenai tempoh Ujian PAC dijalankan untuk beberapa tahun kebelakangan ini:

- Sebelum tahun 2008 (diadakan selama 3 hari)
- Diantara 2008 hingga 2010 (diadakan selama 1 hari)
- Bermula Mac 2011 (diadakan selama 2 hari)

Melihat kepada sorotan jadual perubahan di atas, dimaklumi bahawa penilaian Ujian PAC sering mengalami perubahan. Ini sengaja dilakukan untuk menjaga mutu dan kualiti penilaian ini agar aras prestij jawatan PTD kekal tinggi.

Harus juga diketahui agar anda bersyukur, penilaian era-era awal Ujian PAC adalah lebih mencabar daripada pasca 2000. Ini memang berita yang melegakan kebanyakan orang. Alhamdulilah..

Diharapkan dengan perkhabaran ini, keyakinan anda akan menjadi lebih kukuh. Buangkan rasa tidak percaya pada kebolehan diri dan prasangka-prasangka buruk lain. Pada post akan datang, kami akan kongsikan pula format Ujian PAC 2011. Kami yakin, format tahun lalu ini masih lagi akan digunakan dengan beberapa penambahbaikan daripada pihak SPA. Jadi sertailah blog ini dengan menjadi pembaca aktif menggunakan borang di bahagian kanan di atas untuk menjadi pembaca pertama yang menerima perkongsian-perkongsian terbaru daripada kami.

Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber