Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Monday, May 21, 2012

Format Terkini Ujian PAC

Perbincangan ini menjadikan Ujian PAC 2011 sebagai bahan panduan. Ini kerana pihak kami percaya, kemungkinan format Ujian PAC pada tahun lepas dikekalkan dengan beberapa penambahbaikan untuk dijadikan format Ujian PAC 2012 adalah besar. Walaupun begitu, jadikanlah artikel ini sebagai panduan sahaja dan jangan mengambil jalan mudah dengan tidak membuat rujukan-rujukan tambahan di medium-medium lain.

Secara umumnya, format Ujian PAC 2011 lebih kepada kerjasama di dalam kumpulan. Pada awalnya, calon akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan dan semua aktiviti yang dijalankan adalah berteraskan dalam kumpulan.

Secara kasar, berikut adalah pembahagian aktiviti di dalam Ujian PAC 2011:

- Perbincangan dalam kumpulan
- Menyelesaikan masalah berbentuk permainan
- Membuat perancangan berdasarkan tugasan diberi
- Aktiviti fizikal
- Pembentangan tugasan
- Kreativiti
- Mempertahankan idea

Dan harus diingat, daripada pembahagian aktiviti di atas, akan ada yang dipecahkan kepada dua sesi. Dimana satu untuk sesi BM dan satu lagi untuk sesi BI. Ini untuk membolehkan pada penilai melihat sejauh mana kemampuan berbahasa anda dalam kedua-dua bahasa tersebut. Biasanya, aktiviti 'pembentangan tugasan' dilakukan di dalam BI. Jadi berhati-hati.

Tentang 'aktiviti fizikal' pula. Seperti yang pernah kami ingatkan (kalau anda memang pembaca aktif blog ini) mulakan latihan fizikal anda daripada sekarang. jauh sebelum anda mendapat surat panggilan Ujian PAC lagi.Dalam format terkini untuk tahun 2011, aktiviti fizikal yang digunakan adalah merupakan adaptasi atau ubahsuaian daripada aktiviti senamrobik, aerobik berirama dan larian. Bukan semuanya tetapi satu bentuk aktiviti yang diubahsuai.

Satu lagi yang membuat kita agak malu, di dalam aktiviti 'perbincangan dalam kumpulan'. Apa yang berlaku adalah aktiviti ini dijalankan dengan berbantukan keratan akhbar. Ingat lagi tak ketika anda mahu menduduki peperiksaan bertulis PTD M41 sebelum ini? Bukankah anda diingatkan berkali-kali agar membaca akhbar agar pengetahuan isu semasa anda luas. Nampaknya Ujian PAC ini dengan jelas mengatakan seperti ini - 'jangan malas membaca akhbar'.

Sekiranya ada di kalangan pembaca yang sudah pernah menduduki Ujian PAC sebelum ini, sila jangan segan berkongsi pengalaman bersama kami untuk dijadikan penduan pembaca lain.

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber