Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Thursday, May 17, 2012

PAC: Penilaian Kemahiran & Pengetahuan

Kepada yang lulus peperiksaan bertulis baru-baru ini, tahniah kami ucapkan. Tanpa membuang masa, anda seharusnya terus saja mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang sesuai dengan Ujian PAC yang akan anda hadapi tidak lama lagi.

Pada perkongsian lepas, kami telah huraikan secara ringkas komponen penilaian pertama di dalam ujian PAC iaitu Kualiti Personal dan pada kali ini kita akan lihat pula kriteria seterusnya yakni komponen kemahiran dan komponen pengetahuan.

Kemahiran- Ini adalah kualiti utama yang mesti anda tonjolkan. Perlihatkannya sejelas mungkin agar anda kelihatan lebih menyerlah berbanding calon lain. Terutamanya kemhiran berkomunikasi. Kebolehan berkomunikasi sesama rakan bukan hanya setakat ramah tetapi tumpuan pada keberkesanan komunikasi anda itu. Bahasa yang anda guna harus pada aras yang tinggi disulami isi yang bermutu dan kandungan idea bernas.

- Pada sesi pengucapan awam, maklumat anda mesti disusun sesistematik mungkin supaya idea yang cuba anda sampaikan tepat kepada penerima. Haruslah dijaga bagaimana anda menyampaikan hujah dan bagaimana pula anda membidas hujah. Nilai kesopanan dan keluhuran sentiasa ditatang dalam pada anda diasak orang lain ketika mempertahankan hujah anda.

Pengetahuan
- Semua kualiti di atas akan kurang dapat ditonjolkan sekiranya calon tidak mempunyai pengetahuan am yang luas. Sukalah pihak kami mengingatkan anda agar membaca sebanyak mungkin termasuk terbitan seperti buku, majalah, jurnal dan akhbar. Isu-isu yang ligat di corong radio dan kaca TV tidak seharusnya terlepas daripada pandangan anda. Hanya dengan berpengetahuan luas baharulah anda punya banyak idea atau maklumat untuk disampaikan dengan kemas.

- Timing yang betul adalah penting. Kematangan anda dalam menyampaikan idea dilihat dari sudut cetusan idea itu sendiri pada masa yang tepat. Idea yang keluar awal atau terlalu lewat menjadi kurang releven pada sesi perdebatan. Ini harus dijaga.

Selamat menduduki Ujian PAC dari kami!

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber