Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Sunday, May 20, 2012

Jangan Rasa Tertekan Menghadiri Ujian PAC

Peperiksaan bertulis M41 (stage 1) untuk sesi Mei 2012 baru sahaja berlalu. InsyaAllah kalau tiada apa-apa dan jika rezeki lulus, tidak lama lagi anda akan menerima pula surat panggilan ke Programme Assessment Centre (stage 2) di lokasi seluruh negara termasuk INTAN Sabah, INTAN Sarawak, INTIM, INTURA, IKWAS dan INTENGAH. Sila rujuk post terdahulu kami tentang alamat penuh kampus INTAN seluruh negara.

Memanglah format dari satu sesi PAC ke sesi PAC yang lain tidak sama dari tahun ke tahun. Kadangkala perbezaannya bukanlah banyak. Sedikit sahaja. Dan ini juga menjadi penyumbang kepada kegusaran calon-calon PTD yang akan menghadiri PAC. Itu normal la kan.

Tapi jangan rasa tertekan. Jangan stress. Apa yang paling penting anda faham bahawa komponen penilaian utamanya tidak jauh berbeza dari tahun ke tahun. Pada asasnya ia merangkumi:

- Kebolehan berbahasa (English/Melayu)
- Kebolehan dalam pengucapan awam
- Keluasan pengetahuan am (peka terhadap isu semasa)
- Menguji tahap kecergasan fizikal (fitness)
- Menguji kebolehan berkerjasama dan berkumpulan

Kenapa tidak perlu stress? Kerana rata-rata calon PTD yang melalui PAC ini juga seperti anda. Bahkan ini boleh dikatakan antara kenangan indah untuk dikenang. Sama ada gagal atau lulus, itu terpulang kepada kehendak Ilahi tetapi peluang untuk menyertainya memang peluang yang tidak harus disia-siakan.

Apa yang penting, buatlah persediaan yang sewajarnya. Persediaan-persediaan itu sepatutnya merangkumi komponen penilaian yang disebutkan di atas. Bersedia awal memang tiada tandingannya. Buatlah sekarang sebelum panggilan PAC dikeluarkan oleh pihak SPA.

Kami percaya, yang paling menggusarkan hati ramai calon PTD adalah isu-isu semasa bukan? Jangan bimbang kerana kalau berdasarkan isu semasa yang diketengahkan pada sesi-sesi PAC yang lalu, ia selalunya begitu terbuka. Kami andaikan hal ini adalah untuk membolehkan semua calon memberikan pendapat, idea, perkongsian dan isi-isi terhadap tajuk umum seperti itu.

Sebagai misal, pernah ujian PAC sebelum-sebelum ini membawakan tajuk perbincangan yang agak santai dan ringan bertajuk 'Wanita cantik kurang cerdik, lelaki gagah kurang bijak' dan 'Sekolah 1 Aliran'. Tajuk-tajuk seperti ini tidak terlalu mementingkan fakta dan petikan kajian. Cukup dengan hujah bernas, disokong kenyataan dan huraian yang memukau.

Jadi bertenanglah. Tiada apa yang perlu dirisaukan. Jangan rasa tertekan ya..

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber