Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Thursday, May 17, 2012

Teknik Betul Menulis Resume PTD

Teknik Betul Menulis Resume PTD

Kami percaya sesiapa jua mampu menulis resume. Setakat menulis memang tiada masalah. Asal saja pandai mengeja dan membaca pasti tahu menulis resume.

Apa yang susah? Ambil saja mana-mana contoh resume kawan atau download saja di Internet kemudian jadikannya rujukan untuk penulisan resume anda pula. Mudah bukan?

Tapi menulis saja tidak memadai. Anda harus faham apa yang perlu 'ditulis' itu. Ibarat anda menari. Semua orang boleh menari tetapi tidak semua orang boleh menari mengikut rentak irama yang dimainkan. Kalau irama zapin yang berkumandang, tarikanlah zapin. Kalau joget yang dimainkan maka tarikanlah pula joget.
Demikian juga dengan penulisan resume yang baik. Tidak kiralah menulis resume untuk memohon jawatan PTD mahu pun lain-lain jawatan. Anda harus menulis resume berdasarkan jawatan yang dipohon.

Harus disedari bahawasanya penulisan resume adalah bertujuan untuk mempromosikan diri anda di mata bakal majikan. Resume yang dihasilkan mesti mampu menarik hati bakal majikan pada pandangan kali pertama. Tidak boleh anda menulis kehebatan diri seperti pencapaian dengan membuta-tuli sahaja.

Perbuatan seperti itu akan mengundang pandangan negatif bakal majikan. Tulislah dengan teknik yang betul. Jangan berlebihan dan mengada-ngada. Berikut dua teknik yang bagus untuk dipraktikkan:

Jangan tulis ikut perspektif peribadi
- Kebanyakan daripada calon-calon yang memohon kerja melakukan satu kesilapan utama ini. Mereka menulis resume dari pandangan peribadi terhadap diri. Perbuatan seperti ini menampakkan seolah-olah pemohon tersebut 'syok sendiri'.

- Betul. Penulisan resume sebegini akan memberi kepuasan kepada diri. Tapi yang puas cuma diri anda sendiri manakala majikan pula boleh jadi menyampah membacanya. Tulislan seperti orang lain yang melihat diri anda. Bayangkan anda sebagai majikan dan fikirkan apa yang anda mahu tahu daripada bakal pekerja anda. Ini akan menghasilkan satu resume yang saksama dan mantap.

Maklumat khusus jawatan dipohon
- Lebih baik lagi, kalau anda rajin. Setiap kali memohon jawatan baru maka hasilkan resume baru. Resume yang anda hasilkan itu harus mengambilkira keperluan syarikat atau jabatan atau kementerian itu sendiri.

- Usaha ini nampak leceh. Nampak memenatkan. Tetapi inysaAllah akan berbaloi. Lakukanlah kajian ringkas terhadap bakal majikan yang anda sasarkan itu. Ketahui serba sedikit mengenai matlamat, sejarah dan lain-lain hal. Selalu utamakan kejujuran di dalam penulisan resume anda. Jangan menipu kerana kalau kedapatan semasa temuduga, anda akan menanggung akibatnya.

- Rujukan menulis resume yang lebih menyeluruh dan lengkap boleh diperolehi melalui panduan menulis resume ini. Ia adalah berbayar tetapi berbaloi untuk dijadikan rujukan kerana lengkap dengan template resume dan beberapa kemahiran mustahak resume lagi.

Selamat menulis resume.

-----

Dapatkan 40 Nota Padat Pelbagai Topik Dunia Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Penerangan Lengkap Format Peperiksaan, Contoh Soalan Seksyen A, Contoh Soalan Seksyen B, Contoh Soalan Seksyen C dan Koleksi Soalan Khas GST dan GTP melalui pautan berikut:

1 comment:

  1. Dah banyak apply kerja tapi masih belum dapat panggilan interview? Penyelesaian hanya satu. Baca link di bawah.
    "Rahsia Resume Power Terbongkar @ Blog Dan Duit online"

    ReplyDelete


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber