Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!

Delivered by FeedBurner

Thursday, May 17, 2012

Gagal Jawab Soalan Temuduga PTD

Temuduga PTD memang sukar. Seringkali soalan yang ditanya menjangkaui pengetahuan calon sehingga mengakibatkan calon gagal menjawab soalan temuduga PTD yang dikemukakan.

Kadang ada soalan yang anda sendiri tak tahu jawapannya tapi tips utama ialah, jangan sesekali 'buat-buat tahu'. Ianya hanya akan membunuh diri anda sendiri. Panel temuduga tahu apa yang mereka tanya dan mereka tahu apa jawapan yang sepatutnya anda jawab. Jika jawapan anda tersasar ianya adalah refleksi pengetahuan anda. Ini adalah keadaan normal dan tiada apa yang harus dimalukan.

Tak salah untuk mengaku yang anda tak tahu, bahkan ianya lebih baik dari perbuatan 'buat-buat tahu' yang mungkin membawa kepada jawapan yang salah. Jika anda kurang pasti jawapan yang ditanya, anda boleh menggunakan ayat penampan "mengikut apa yang saya tahu.. mungkin Dato' boleh betulkan jika saya salah".

Kadang anda akan diprovokasi. Ianya adalah amalan biasa dalam mana-mana sesi temuduga. Jika ianya berkaitan dengan soalan pendapat umum, anda harus menegakkan pendirian anda. Tapi pendirian anda harus terbuka kepada perbincangan kerana itulah ciri Pegawai Tadbir Diplomatik. Jangan kalut atau gelabah, tenang dan nyatakan pendirian anda.

Jika ianya adalah mengenai isu semasa, tiada jawapan yang salah atau betul. Tujuan provokasi atau 'tembak' hanyalah untuk melihat pendirian anda dan bagaimana anda respons atau bertindakbalas terhadap tentangan (percanggahan pendapat).

No comments:

Post a Comment


Sila daftarkan emel di bawah. Ini akan membolehkan kami menghantarkan beberapa siri artikel PENTING yang membantu persediaan temuduga PTD!





Delivered by FeedBurner

Jumlah Subscriber